Mourinho dipenjara setahun
Baca juga:Isu tunggakan gaji pemain
Tsunami media sosial CR7
Ronaldinho berharga RM 180, 000
Sabah gah, Selangor makin parah
"Messi" Kedah dapat semangat dari OKS
Bagaimana Sabah@Rhinos layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018
MADRID: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho yang dijatuhkan hukuman penjara setahun berikutan kes penipuan cukai dipercayai sedia membayar denda 1.8 juta pound (RM9.57 juta) susulan perjanjian dengan pihak pendakwa raya Sepanyol, menurut akhbar El Mundo.
Pengurus dari Portugal itu dilaporkan menerima hukuman penjara yang ditangguhkan itu sebagai sebahagian daripada rayuan bersama pihak pendakwa raya yang menuduhnya melakukan penipuan cukai berjumlah 2.9 juta pound (RM15.41 juta).
Mourinho begitupun tidak akan menjalani hukuman berkenaan kerana undang-undang di Sepanyol membolehkan hukuman penjara di bawah dua tahun yang juga kesalahan pertama boleh dikenakan pengawasan sahaja.
Agensi percukaian Sepanyol bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan.
Mahkamah di Madrid yang mengetuai perbicaraan terhadap Mourinho dijangka mendedahkan perincian mengenai perjanjian berkenaan dalam tempoh beberapa hari lagi.
El Mundo melaporkan pengurus berusia 55 tahun itu, yang masa depannya di Old Trafford tampak goyah ketika ini bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan yang membabitkan hak imejnya ketika mengemudi Real Madrid pada 2011 dan 2012.
Selain Mourinho, bekas bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo turut menerima hukuman penjara dua tahun - yang turut ditangguhkan - awal musim panas ini selepas mencapai persetujuan dengan pihak pendakwa raya.
Penyerang Portugal itu bersetuju untuk membayar lebih 15 juta pound (RM79.73 juta) selepas mengaku salah terhadap penipuan cukai membabitkan hak imejnya di antara tahun 2011 dan 2014. - Agensi
0 comments:
Catat Ulasan