Southgate tolak 'kuda tua'
Baca juga:Dollah tagih bisa Cruz
Bertemu Sabah, Pahang perlu perkuat benteng- Afif
Isu tunggakan gaji pemain
Tsunami media sosial CR7
Ronaldinho berharga RM 180, 000
Sabah gah, Selangor makin parah
"Messi" Kedah dapat semangat dari OKS
Bagaimana Sabah@Rhinos layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2018
LONDON: Pengurus England, Gareth Southgate tampak sudah ‘menutup pintu’ buat pemain-pemain yang boleh dianggap senior selepas mengharungi kempen Piala Dunia yang mengagumkan di Russia.
Selepas lapan minggu sejak penampilan pertama England di separuh akhir Piala Dunia pada 1990, Southgate akan kembali ke gelanggang, Sabtu ini bagi aksi pembukaan Liga Negara-Negara UEFA menentang Sepanyol di Wembley.
Southgate memilih untuk membariskan skuad muda, dengan pemain berusia 28 tahun Fabian Delph sebagai anggota tertua dalam skuadnya selepas Gary Cahill, Jamie Vardy dan Ashley Young mengucapkan persaraan selepas Piala Dunia.
“Kami fikir kami mempunyai skuad yang kuat. Kami sudah mengharungi tiga perlawanan pada musim baharu dan melihat ramai pemain pemain yang berbeza selepas beberapa tahun,” kata Southgate.
“Kami memutuskannya disebabkan bagaimana cara kami mahu bermain dan pemain yang kami mahu bekerja bersama, jadi ada beberapa pemain yang tidak sesuai.
“Dan sekarang kami berada dalam kitaran yang baru dan mungkin tidak akan kembali kepada pemain yang digunakan sebelum ini dan kami menilainya dengan baik.
“Jadi kumpulan seterusnya yang kami sedang nilai mungkin datang daripada kumpulan usia yang muda.”
Menjadikan kempen kelayakan Euro 2020 sebagai keutamaan, Southgate yang juga bekas jurulatih skuad bawah 21 tahun England merancang untuk membenarkan lebih banyak pemain muda mengikuti langkah Marcus Rashford, John Stones, Dele Alli dan Raheem Sterling.
“Ada sesetengahnya masih amat muda, dan masih ada ruang untuk meningkat, Chalobahs, Will Hughes, Ross Barkleys tetapi saya tidak mahu menyenaraikan mereka sekarang, tiga hari selepas menjalani latihan,” katanya. - AFP
0 comments:
Catat Ulasan