Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 4 September 2018

Skuad B-19 perlu lebih pantas - Hodak



Baca juga: Piala Malaysia: Sabah singkir Selangor

Skuad B-19 perlu lebih pantas - Hodak

Baca juga: "Messi" Kedah dapat tips dari OKS


KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Bojan Hodak mengganggap masih terlalu awal untuk mengukur keupayaan sebenar skuad kendaliannya meskipun dibelasah 4-0 dalam aksi persahabatan berdepan kelab Oman, Al Suwaiq di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat, semalam.



Menurut pengendali kelahiran Zagreb, Croatia itu, mereka tidak seharusnya terlalu memikirkan mengenai keputusan perlawanan terbabit sebaliknya perlu fokus untuk meningkatkan lagi mutu permainan ketika misi utama pasukan untuk menghadapi kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Indonesia pada bulan depan.



Katanya, ini adalah pengalaman pertama anak buahnya menentang pasukan dari Arab yang mempamerkan aksi permainan pantas berbeza dengan pasukan Asean lain terutamanya selepas menjuarai Piala AFF B-19 juga di Indonesia pada Julai lalu.


Baca juga: Isu tunggakan gaji pemain

"Sememangnya keputusan ini tidak baik untuk pasukan. Tetapi ia pengalaman cukup berguna kepada pasukan kerana ini adalah perlawanan pertama kami berdepan pasukan dari negara Arab.



"Al Suwaiq adalah juara Piala Sultan Qaboos di liga Oman pada musim lalu. Mereka bermain dengan laju berbanding pasukan kita.



"Mereka tidak mempunyai banyak peluang namun setiap kali pasukan melakukan kesilapan mereka berjaya menghukum benteng kita," katanya yang dihubungi Sukan NSTP melalui WhatsApp.



Skuad bimbingan Hodak kini dalam rangka persiapan sebelum ke Indonesia di mana empat pasukan terbaik di kejohanan AFC itu nanti akan meraih tiket automatik ke Piala Dunia Remaja B-20 yang dijadualkan berlangsung di Poland pada pertengahan tahun depan.



Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama dua wakil dari negara Arab iaitu Arab Saudi dan Tajikistan, manakala bekas juara 1985, China tampil melengkapkan persaingan di kumpulan itu.



Jelas Hodak, beliau sifatkan masih ada ruang buat pemain untuk perbetulkan segala kesilapan terutama berdepan lawan yang mengamalkan permainan agresif seperti itu.



"Pasukan ini sedang meningkat naik dan ia pengajaran berguna kepada kami. Jika pemain mahu menjadi pemain profesional, mereka perlu meningkatkan lagi tahap permainan seiring dengan kemajuan bola sepak moden," katanya.



Selepas ini, mereka bakal diuji dua lagi pasukan bertemu Oman Club pada Khamis ini dan Muscat Club tiga hari kemudian untuk melengkapkan tiga siri aksi persiapan di negara teluk itu.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog