Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 25 Januari 2019

Panduan Permohonan UPU Online 2019 Serta Tarikh Penting

Panduan Permohonan UPU Online 2019 Serta Tarikh Penting



Makluman awal bagi lepasan SPM / STPM / Setaraf yang ingin memohon untuk permohonan UPU 2019. Seperti sedia maklum, lepasan SPM perlulah memohon ke UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda.


Permohonan melalui UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam dan Kolej Komuniti sesi akademik 2019 / 2020 untuk Lepasan SPM (Setaraf) dan Lepasan STPM (Setaraf) akan dibuka bermula pada tarikh 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019.


Permohonan UPU Online 2019

Sebagai makluman, untuk membuat permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online, setiap pemohon wajib membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.
Panduan Membeli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Tarikh rasmi permohonan dibuka : 25 Febuari 2019 jam 12 tengahari

Tarikh-Tarikh Penting UPU 2019

25 February : Permohonan UPUOnline Dibuka
25 February : Jualan Unik ID Dibuka
01 April : Jualan Unik ID Ditutup
02 April : Permohonan UPUOnline Ditutup
17 ~ 20 Apr : Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM
21 ~ 29 Apr : Proses Temuduga Lepasan SPM Dijalankan
10 ~ 14 May : Semakan Panggilan Ujian MEdSI & Semakan Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf
15 ~ 19 May : Ujian MEdSI Dijalankan
15 May ~ 28 Jun : Proses Temuduga Program Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (Tertakluk Kepada UA)

Kategori Permohonan UPU 2018


1) Lepasan STPM / Setaraf ( Ijazah Sarjana Muda )
STPM 2018
Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2018 / 2019
STAM 2017 & 2018
Diploma / Setaraf – Diploma UA/ Politeknik , DKM / DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain diploma. Kelayakan Setaraf Seperti A Lavel/ IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi , STAM ( Bukan tahun semasa )

2) Lepasan SPM/ Setaraf ( Asasi , Diploma& Sijil di UA, Politeknik , Kolej Komuniti & ILKA )
SPM 2018
SPM 2017
SPM 2016

Cara Mengisi Borang Permohonan UPU Online

Untuk pemohon kali pertama, pemohon perlu mencipta akaun baharu bagi membolehkan anda membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Akaun Baru untuk melengkapkan borang permohonan UPU Online.
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah :

Facebook Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT)
Portal Rasmi UPU Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

Semoga Panduan ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian anda yang disebutkan di atas.
Share:

1 comments:

  1. Perkongsian yang baik dan lengkap. Untuk yang tidak berjaya dalam permohonan anda boleh memohon terus ke IPTA terbabit seperti UITM dan Politeknik. Memasuki IPTS juga adalah pilihan yang baik jika kursusnya bersesuaian dengan minat anda.

    BalasPadam

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog