Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 24 Januari 2019

Susulan kecederaan Petru Sabah uji import baru

Susulan kecederaan Petru Sabah uji import baru




HENRY SAIMPON

KOTA KINABALU: Sabah dijangka akan menguji seorang lagi calon import baru, Vinicius Calamari pada perlawanan persahabatan terakhirnya menentang Kaya FC di Pusat Latihan Negara Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF), Carmona, Cavite petang ini.
Baca juga: r
Perlawanan persahabatan Stalion Laguna FC 2-4 Sabah FA 
Keputusan Piala Asia 2019 peringkat 16 terbaik 
Selamat datang Taeso Park ke Sabah FA 
Peter azam pulihkan SAFA 
Gandingan Torres gegar Liga Malaysia 
Penyerang tengah berusia 30 tahun berasal dari Brazil itu menyertai calon import dari Korea, Park Tae Su yang sudah diuji bersama penyerang dari Moldova, Petru Leuca ketika Sabah menewaskan Stallion FC 4-2 pada perlawanan persahabatan pertama di Stadium Binan, Laguna, Selasa lalu.

Bagaimanapun, Petru yang turut menyumbangkan satu gol tiada jodoh dengan Sabah apabila mengalami kecederaan yang menutup peluangnya menyarung jersi Sabah.

"Harap-harap calon import baru (Vinicius) lagi nanti dapat memberikan persembahan yang menyakinkan ketua jurulatih kita (Jelius Ating) pada perlawanan esok (hari ini)," kata Pengurus Pasukan Henry Saimpon ketika dihubungi di Filipina pada Rabu.

Baca juga:
PETRU LEUCA AKAN BERAKSI BERSAMA SABAH FA MUSIM 2019?

Sambil itu, Jelius juga berharap dapat melihat kemampuan sebenar kedua-dua calon import itu.

"Lawan kita esok (hari ini) lebih baik berbanding kelmarin (Selasa lalu) yang bermakna kita juga akan mendapat ujian lebih getir," kata Jelius.

Stallion FC adalah penghuni tempat keempat manakala Kaya FC naib juara Liga Bola Sepak Filipina musim lalu dan layak ke Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini.

Kaya FC juga lawan Sabah pada pra-musim lalu di mana Sabah tewas 1-2.

"Saya mengharapkan persembahan lebih baik pemain tempatan kita berbanding pada perlawanan pertama (Selasa lalu) manakala dua calon import itu, kita harap dapat lihat kemampuan sebenar mereka," katanya.

Jelius berkata, ketika menentang Stallion, kombinasi pemain rapuh pada awal permainan dan hanya mula mendapat rentak pada pertengahan separuh masa pertama manakala tindakan penyudah juga tidak begitu berkesan.
JELIUS ATING

"Sebaik mendapat rentak barulah mainan kita menjadi...belum seratus peratus seperti yang diharapkan tetapi mungkin kerana ia baru perlawanan kompetitif pertama kita.

"Walaupun suatu ketika kita mendahului 4-0 tetapi sebenarnya kita boleh jaring lebih dari itu kalau penyudah kita lebih tajam. Saya guna fomrasi 4-2-3-1 pada perlawanan itu," katanya.

Menurutnya, semua pemain telah diberi peluang beraksi pada perlawanan pertama itu dan dijangka beliau akan melakukan perkara sama hari ini. Seramai 18 pemain tempatan dibawa dalam kunjungan ke Filipina itu.

"Apapun, keputusan bukan isu utama sebaliknya pelajaran dari dua perlawanan di sinilah yang lebih penting. Saya harap dapat lihat lebih jelas kelebihan dan kelemahan pasukan pada perlawanan kedua nanti.

"Dua perlawanan di sini akan jadi panduan melakukan sentuhan terakhir terhadap pasukan sebelum memulakan cabaran Liga Premier menentang Johor Darul Ta'Zim II (JDT II) di Stadium Likas pada 2 Februari," kata Jelius.


Sumber: utusanborneo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog