Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 20 Januari 2019

Bekas gandingan Torres sedia gegar Liga-M


PEMAIN import FELDA United, Kei Ikeda sedia gempur Liga-M. - Foto Rosela Ismail

Bekas gandingan Torres sedia gegar Liga-M




KUALA LUMPUR: Selepas lapan musim beraksi buat kelab Sagan Tosu di liga satu Jepun, Kei Ikeda kini bersedia mencurahkan pengalamannya membantu pasukan baharunya, FELDA United FC (FUFC) di Liga Malaysia (Liga-M).

Baca juga: 
Kejohanan amal untuk dana bekas pemain Sabah 
Mohd Ariff Noh dari Kinabatangan teruja beraksi bersama Sang Badak  
JELIUS ATING HARAP DAPAT PEMAIN IMPORT MINGGU INI 
Hutang peninggalan pentadbiran terdahulu jejaskan persiapan Sabah 
Piala Iflix meriahkan bola sepak Malaysia 
The Best Of Rozaimi Abdul Rahman Bila nak bayar wang kami'  
Pemain Belia Sabah U19 belum dibayar gaji 
Kapten Sabah FA Rawilson kekal bersama Badak
Malah, pengalamannya beraksi bersama penyerang handalan Sepanyol, Fernando Torres di kelab itu bakal menjadi aset berharga buat skuad The Fighters merobek gawang lawan, musim ini.



Ikeda yang sudah menjalani latihan bersama pasukan sejak beberapa minggu lalu mengakui, biarpun tahap Liga-M dan Jepun jauh berbeza, namun dia percaya saingan liga tempatan juga memiliki kualiti tersendiri.




“Saya akui ia bukan satu tugas mudah. Namun, sebagai pemain, saya anggap ia sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi.



“Saya bertekad untuk memberikan aksi terbaik pada setiap perlawanan dan berharap rakan sepasukan dapat membantu,” katanya pada majlis memperkenalkan pemain import dan sesi perjumpaan Presiden bersama staf kejurulatihan FUFC, semalam.



Ikeda adalah antara empat tonggak import yang menjadi pertaruhan FUFC, selepas mengikat Jocinei Schad dari Brazil dan Jaycee Jhon Okwunwanne (Bahrain), serta mengekalkan bek kental musim lalu, Thiago Junior De Aquino.



Mengulas mengenai pasukan baharunya itu, dia mengakui teruja dan tidak sabar untuk beraksi membantu skuad kendalian Nizam Jamil sekali gus cuba muncul antara pencabar terkuat liga musim ini.



"FUFC adalah satu nama besar dan mempunyai sejarah yang cukup hebat pada saingan Liga M, terutamanya selepas muncul juara Liga Perdana musim lalu selain turut beraksi di Piala AFC pada 2016.



“Malah, pasukan ini juga saya pernah muncul naib juara Liga Super 2016. Saya tidak sabar untuk membantu pasukan kembali menjadi pasukan digeruni,” katanya.


Sumber: bharian
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog