Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 24 Januari 2019

Real Madrid kelab bola sepak terkaya


Real Madrid menjana rekod 750.9 juta euro (RM3.53 bilion), bagi meletakkan mereka di kedudukan teratas Liga Kewangan buat kali ke-12 dan kali pertama sejak 2014-15. - Foto fail Reuters

Real Madrid kelab bola sepak terkaya

Baca juga: r
Perlawanan persahabatan Stalion Laguna FC 2-4 Sabah FA 
Keputusan Piala Asia 2019 peringkat 16 terbaik 
Selamat datang Taeso Park ke Sabah FA 
Peter azam pulihkan SAFA 
Gandingan Torres gegar Liga Malaysia 
LONDON: Real Madrid mengatasi Manchester United dalam Liga Kewangan Bolasepak yang dilaporkan Deloitte, tetapi Liga Perdana masih menguasai dari sudut kewangan dengan enam kelab utama England berada dalam kelompok 10 terbaik buat kali pertama.

Ranking Deloitte adalah berdasarkan berapa banyak wang yang diperoleh daripada perjanjian penyiaran, komersial dan pendapatan pada hari pertandingan ketika musim 2017-18.

United menghabiskan tempoh selama dua tahun lalu di tangga pertama dalam carta kewangan tetapi jatuh ke kedudukan ketiga di belakang juara Eropah, Real dan satu lagi gergasi Sepanyol, Barcelona.


Bayern Munich, Manchester City, Paris Saint Germain, Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Tottenham masing-masing menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik.

Rakan kongsi Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte yang juga penulis laporan itu berkata: “Bola sepak Eropah kekal sebagai pasaran yang rancak berkembang.

“Kami sudah melihat Real Madrid memecahkan rekod, muncul kelab pertama mencatat sejarah pada suku ketiga dengan mencecah satu bilion euro (RM4.71 bilion) dan mencatat rekod gelaran Liga Kewangan kali ke-12 dalam proses itu.”

Selepas memenangi gelaran Liga Juara-Juara kali ketiga berturut-turut, Real menjana rekod 750.9 juta euro (RM3.53 bilion), bagi meletakkan mereka di kedudukan teratas Liga Kewangan buat kali ke-12 dan kali pertama sejak 2014-15.

Semua kelab di England bagaimanapun agak terganggu dengan penurunan tiga peratus berikutan penyusutan nilai mata wang sterling terhadap euro.

Penurunan United pula dipengaruhi prestasi mereka yang tersingkir awal daripada 16 terakhir Liga Juara-Juara pada musim lalu dan peningkatan sektor iklan di Real dan Barca. – AFP

Kedudukan Liga Kewangan Bola Sepak Deloitte


1. Real Madrid (Sepanyol) - 750.9 juta euro (RM3.53 bilion)

2. Barcelona (Sepanyol) - 690 juta euro (RM3.25 bilion)

3. Manchester United (England) - 666 juta euro (RM3.13 bilion)

4. Bayern Munich (Jerman) - 629.2 juta euro (RM2.96 bilion)

5. Manchester City (England) - 568.4 juta euro (RM2.67 bilion)

6. Paris St Germain (Perancis) - 541.7 juta euro (RM2.55 bilion)

7. Liverpool (England) - 513.7 juta euro (RM2.41 bilion)

8. Chelsea (England) - 505.7 juta euro (RM2.38 bilion)

9. Arsenal (England) - 439.2 juta euro (RM2.06 bilion)

10. Tottenham Hotspur (England) - 428.3 juta euro (RM2.01 bilion)
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog