Zady atau Pedro? Siapa pemain Import jadi pilihan Sarawak
Aksi Zady (kiri) dan Pedro (kanan) semasa sesi latihan hari ini.
Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan mengumumkan nama pemain import terakhir esok bagi melengkapkan kuota empat pemain import Sarawak pada musim ini.
Baca juga:
Susulan kecederaan Petru Sabah uji import baru
Petru Leuca akan beraksi bersama Sabah
Perlawanan persahabatan Stalion Laguna FC 2-4 Sabah FA
Keputusan Piala Asia 2019 peringkat 16 terbaik
Selamat datang Taeso Park ke Sabah FA
Peter azam pulihkan SAFA
Gandingan Torres gegar Liga Malaysia
Ketika ini, dua pemain iaitu Pedro Henrique Dias De Amorim dari Brazil dan Zady Moise Gnenegbe dari Perancis sedang bertarung untuk memikat Ketua Jurulatih, Mohd Farhan Abdullah.
Menurut Farhan, beliau masih membuat penilaian terakhir terhadap kedua pemain terbabit sebelum duduk berbincang dengan barisan kejurulatihan lain untuk memutuskan siapa yang akan dipilih.
“Kedua-dua pemain terbabit memenuhi kriteria yang saya perlukan.
“Namun, kita juga perlu melihat kepada kemampuan pihak pengurusan dan saya akan memberi kuasa kepada pihak pengurusan untuk menentukan pemain yang dipilih,” katanya ketika ditemui semasa sesi latihan di Padang C, Peta Jaya hari ini.
Menurut beliau, Pedro (26) bermain sebanyak tiga perlawanan manakala Zady (28) satu perlawanan semasa aksi pramusim di Semenanjung Malaysia baru-baru ini.
Kedua-dua pemain tinggi lampai itu bermain di posisi pertahanan.
Setakat ini, Sarawak telah mengikat tiga pemain import iaitu Muamer Salibasic (penyerang), Ronald Hikspoors (pertahanan) dan Rian Nugraha Yukandi (penyerang).
Skuad Sarawak akan diperkenalkan secara rasmi pada Majlis Pelancaran Jersi, Memperkenalkan Pemain dan Lagu Sarawak FA pada 26 Januari di Pasar Raya Besar Mydin Petra Jaya.
Sumber: utusanborneo
0 comments:
Catat Ulasan