Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 15 April 2018

Keputusan, Kedudukan dan Video Sorotan Perlawanan Sabah FA vs Felda United FC


Keputusan, Kedudukan dan Video Sorotan Perlawanan Sabah FA vs Felda United FC yaqng berlangsung pada 14 April 2018 di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Dengan keputusan seri 1-1, maka kedudukan pendahulu liga masih lagi kekal tetapi pasukan di tempat kedua telah dirampas oleh pasukan Bujang Senang.

Selain pertemuan Sabah FA vs Felda United FC, perlawanan lain adalah melibatkan pertemuan Felcra FC vs Pulau Pinang (3-1), Sarawak vs UKM FC (2-1) dan MIFA vs UITM FC (4-0).

Perlawanan seimbang yang dipersembahkan oleh pasukan Sabah dan Felda United FC. Tetapi pasukan pelawat terlebih dahulu berada di depan selepas Wan Zack Haikal menjaringkan gol akibat kesilapan pertahanan Sabah pada minit ke-25'. Sabah tidak berputus asa mencari gol penyemaan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan penalti Hector Ramos Lebron pada minit ke-35 masa pertama.

Separuh masa pertama kedudukan seri 1-1, dan dilihat kedua pasukan beraksi cukup berhati-hati. Di masa kedua pasukan tuan rumah terus mengasak untuk mencari gol kemenangan tetapi disia-siakan oleh penyerang Sabah. Sehinggahlah wisel dibunyikan memperlihatkan kedudukan 1-1 kekal hinggah tamat perlawanan.

Baca Sabah FA vs Felda United FC live



KEDUDUKAN TERKINI PASUKAN 100PLUS LIGA PREMIER MALAYSIA 2018

Jadual di atas menunjukkan kedudukan ternini Liga Perdana selepas perlawanan 7. Pendahulu liga pasukan Felda United FC masih kekal sebagai pendaulu liga, diikuti oleh pasukan Sarawak dan Sabah.

Pasukan 3 tercorot liga setakat perlawanan 7 adalah pasukan Terangganu FC, JDT 11 dan pasukan UKM FC.

Baca Ramalan Kesebelasan Utama Sabah FA vs Felda United FC

#100PLUSLPM
#MalaysianFootballLeague
#TransformingMalaysianFootball


Admin kongsikan bersama video sorotan perlawanan Liga Perdana 2018 di antara Sabah FA vs Felda United FC. Kepada peminat Rhinos yang tidak sempat datang Stadium Likas, admin telah sediakan sorotan perlawanan tersebut. tahniah diucapkan kepada pasukan Sabah kerna berjaya mendapatkan 1 mata penting apabila bertemu pasukan setaraf Liga Super.



Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog