Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 21 April 2018

Tawau FA akan sajikan aksi 'Tawau Style'

Tawau FA tetap merendah diri, sajikan aksi 'Tawau Style'

Tawau FA akan sajikan aksi 'Tawau Style'

MESKIPUN sudah sebelah kaki untuk melangkah ke final Liga Bola Sepak Rakyat 2017/18 pasukan Tawau FA lebih gemar mengambil pendekatan merendah diri.
Ini kerana, Tawau sentiasa menghormati pasukan lawan kerana terdapat pasukan yang sudah lama dibentuk,malahan mempunyai kekuatan yang baik.

Baca WELCOME SAMUEL ROSA GONCALVES - JOHOR DARUL TAKZIM (TRANSFER RUMORS )

Ketua jurulatihnya, Adzrien Harun memberitahu
sepanjang laluan mereka daripada peringkat kumpulan sehinggalah aksi separuh akhir kedua, Tawau tidak pernah mendabik dada atas kejayaan ini.
"Tawau FA hanyalah pasukan dari sebuah daerah kecil yang jauh dari pembangunan.
"Kami akan bermain seperti biasa. 'Tawau Style’ itulah yang akan kami persembahkan.
"Formasi kami mengikut kesesuaian lawan dan akan bertukar-tukar," katanya ketika dihubungi unit media LBR.

Adzrien menambah, perlawanan berdepan Bandar Baharu malam ini memang dijangka sengit.
"Walaupun ada kelebihan satu gol,kita akan tetap positif dengan pasukan lawan.
"Harapan saya sebagai ketua jurulatih adalah kemenangan. Insya-Allah jika diizinkan Allah.. sekiranya sebaliknya, kami redha" ujarnya lagi.
Beliau juga menggesa peminat daerah Tawau datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi sukan bola sepak daerah Tawau.

Baca Evan Wensley Wenceslaus dipanggil latihan pusat skuad B-21 negara

"Pencapaian kami adalah pencapaian penyokong juga, tanpa mereka,kami tidak akan sampai ke sini.
"Terima kasih kepada Datuk Nizam ABT, yang banyak membantu dari awal penyertaan kami, Pengurus Pasukan, Encik Salleh bin Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur dan jurulatih yang terlibat dan pemain yang bertungkus lumus serta peminat yang setia di mana kami berada," katanya.

>>Hari ini (21 April 2018)
Separuh Akhir II
Tawau FA (1) (0) Bandar Baharu
Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau
7.45 malam

** Dalam kurungan keputusan separuh akhir pertama

Thanks~ https://www.facebook.com/lbr.my/
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog