Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 16 April 2018

Karabau Sukod FC pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir

Karabau Sukod FC pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir


Kota Marudu: Perebutan tempat ke peringkat separuh akhir kejohanan bola sepak piala Dato' Dr. Janathan Kandok (JP) Presiden Alumni UMS dengan kerjasama SAFA Kota Marudu sengit menyaksikan lapan pasukan akan berentap diperingkat suku akhir untuk mengisi slot tersebut.

Lapan pasukan yang akan bersaing diperingkat suku akhir adalah Karabau Sukod FC, Edu Utara, The Cops, Kimaragang FC, The Blues, Otai FC, Real Goshen dan K3B FC.

Pasukan Karabau Sukod FC yang juga juara Kumpulan A menjadi pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir setelah menewaskan Edu Utara naib juara Kumpulan C dengan jaringan 3-2 yang berlangsung di Padang SMK Tandek Kota Marudu.

Baca Keputusan, Kedudukan dan Video sorotan Perlawanan Liga Perdana # Match 7

Perlawanan kedua-dua pasukan yang telah ditetapkan di Padang Pekan Kota Marudu pada mulanya terpaksa dipindahkan ke Padang SMK Tandek untuk memberi laluan kepada program MyHijau anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi, Hijau dan Air Malaysia.

'Perlawanan terpaksa dipindahkan ke Padang SMK Tandek kerana Padang Pekan KM belum siap dikemas sebab telah digunakan oleh kementerian Tenaga, Teknologi, Hijau dan Air.

'Kami jangkakan program itu akan siap mengikut tentatif program tetapi masa terlajak dan venu perlawanan terpaksa ditukar ke SMK Tandek. Terima kasih kepada Jainim Samaron, Pengetua SMK Tandek sudi meminjamkan padang sekolah untuk dijadikan venu perlawanan dan mohon maaf kepada pasukan yang terlibat kerana kesulitan ini', jelas Jimson Majemal Presiden SAFA Kota Marudu yang ditemui Utara TV.

Baca Sabri Sahar "Isco Borneo"

Dengan kehadiran penonton lebih 400 orang di Padang SMK.Tandek jelas sekali sukan bola sepak semankin berkembang dan mendapat perhatian warga Kota Marudu.

Tinjauan orang ramai yang ditemui menyambut baik kejohanan dan berharap akan ada lagi kejohanan seumpamanya kerana aktiviti padang tidak lengang dan sentiasa menjadi hiburan setiap petang.

Jadual penuh perlawanan peringkat suku akhir:


1. The Cops menentang Kimaragang FC pada 16 April 2018
2. The Blues menentang Otai FC pada 17 April 2018
3. Real Goshen menentang K3B FC pada 18 April 2018

utaratv.com/karabau-sukod-fc-pasukan-pertama-mara-ke-perin…/
Karabau Sukod FC pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhirKarabau Sukod FC pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhirKarabau Sukod FC pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhirKarabau Sukod FC pasukan pertama mara ke peringkat separuh akhir

Baca Tonton Live Liga Super & Liga Perdana 2018

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog