Kota Marudu: Real Goshen melengkapkan slot untuk
mengiringi The Blues, Karabau Sukod FC dan Kimaragang FC untuk berentap
diperingkat separuh akhir hujung minggu ini.
Real Goshen yang turun menentang K3B diperingkat suku akhir petang
tadi berjaya menundukkan lawannya dengan jaringan 3-1 yang berlangsung
di Padang Pekan Kota Marudu.
Perlawanan peringkat separuh akhir hujung minggu ini dijangka sengit
kerana empat pasukan yang bakal bersaing masing-masing mempunyai
kelebihan yang tersendiri.
Perlawanan separuh akhir pertama menyaksikan Karabau Sukod FC akan bertemu Kimaragang FC.
Perlawanan ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan mempunyai
pemain-pemain berkualiti yang pernah beraksi bersama pasukan Liga Bola
Sepak Rakyat (LBR), KDM dan bermain dengan kelab The Blues.
Antara pemain yang bakal menjadi tumpun ialah Jadry Suning penjaring
terbanyak bagi Karabau Sukod FC ketika ini. Beliau juga pernah beraksi
bersama pasukan LBR musim lalu dan memainkan pernana penting membawa LBR
Kota Marudu menjadi empat pasukan terbaik di Sabah.
Jadry Suning @ ‘Beego’ penjaring terbanyak Karabau Sukod FC
Pemain Kimaragang FC Joshua Jubin yang pernah beraksi dengan KDM
turut menjadi tumpuan setelah menghasilkan jaringan cantik melalui
sepakkan percuma dari luar kotak penalti ketika menentang The Cops
diperingkat suku akhir.
Sementara itu, perlawanan separuh akhir kedua bakal menyaksikan pertembungan The Blues menentang Real Goshen.
The Blues yang turun sebagai antara pasukan pilihan dibarisi
sebahagian pemain LBR musim lalu dan diperkuatkan dengan tiga orang
pemain import yang pernah beraksi beraksi dalam pasukan LBR Kota Marudu.
The Blues
Real Goshen juga menjadi antara pasukan pilih kejohanan imkeranan
pasukan ini turut memiliki pemain yang berkualiti serta beberapa orang
pemainya pernah beraksi bersama pasukan LBR Kota Marudu musim yang lalu.
Pemain Real Goshen
Jadual perlawanan separuh akhir pertama diantara Karabau Sukod FC
akan menentang Kimaragang FC pada 22 April 2018, jam 3.30 perang
bertempat di Padang Pekan Kota Marudu. Manakala, The Blues akan bertemu
Real Goshen pada 23 April 2018, jam 3.30 petang di padang yang sama.
0 comments:
Catat Ulasan