Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 21 Ogos 2018

Baddrol harap keajaiban



Baddrol harap keajaiban




CIKARANG: Tidak kira skuad mana yang dihantar Jepun ke Sukan Asia 2018, kapten negara, Baddrol Bakhtiar tidak memandang mudah aksi menentang negara Asia Timur itu.



Skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee dijadual menentang skuad B-21 Jepun pada Jumaat ini dalam misi memburu tiket ke suku akhir.



"Bagi saya, Jepun tidak boleh dipandang rendah, mereka sudah lama dibentuk. Sudah pasti ia akan memberikan kelebihan dalam aspek itu.




"Selepas melihat sendiri aksi mereka tempoh hari, saya berpandangan Jepun sebuah pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi serta pertahanan yang ketat.



"Kita akan mengintai dan mencari kelemahan mereka untuk mendapatkan hasil yang terbaik.



"Saya harap kami mampu melakar satu lagi keajaiban untuk menang," jelas pemain berpengalaman itu.



Sebelum ini, Malaysia melakar kejutan menumbangkan juara bertahan, Korea Selatan dalam aksi Kumpulan E.



Menurutnya, skuad negara perlu bermain sebagai sebuah pasukan seperti sebelum ini selain mengikut perancangan Kim Swee dalam misi penting ini.



Malaysia tewas 2-3 kepada Bahrain malam tadi dalam aksi terakhir Kumpulan E namun tidak mengubah sebarang kedudukan kerana skuad negara sudah mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog