Bolehkah Ronaldinho hidup di Ipoh?
Baca juga:
Samurai Biru tunggu anak buah OKS
Sabah puas hati benam Selangor
Keputusan Match 2 Liga Inggeris
United hambar dipermulaan musim
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) perlu berhati-hati seandainya mahu meneruskan hasrat mendapatkan ‘pemain yang mempunyai nama besar’ dengan mengikat bekas pemain terbaik dunia, Ronaldinho untuk bersama pasukan itu.
Baca: Benarkah Ronaldinho percuma sedangkan bayaran pertunjukkannya RM4.1 juta?
Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan percaturan untuk mendapatkan khidmat pemain terbabit kadang kala menimbulkan masalah kepada pasukan.
Tunku Ismail berkata, berdasarkan pengalaman selepas skuad Harimau Selatan itu mendapatkan khidmat bekas bintang Sepanyol, Dani Guiza dan bekas pemain Argentina, Pablo Aimar, pasukan semestinya realistik dengan keinginan pemain terbabit.
“Untuk pemain seperti Ronaldinho, sebelum ini dia beraksi bersama pasukan Paris Saint Germain, AC Milan dan Barcelona. Semuanya pasukan di bandar raya besar dunia ini.
“Kebanyakan pemain yang datang bukan setakat atas faktor kewangan namun untuk melihat kehidupan mereka di luar padang. Jadi adakah anda fikir Ronaldinho boleh hidup di Ipoh?
“Sedangkan Aimar yang berada di Johor Bahru yang sedang membangun pun boleh meminta untuk tinggal di Singapura. Jadi kita perlulah realistik.
“Adakah kita mempunyai kemudahan yang terbaik dan stadium yang terbaik? Ada berapa kelab malam ternama di Ipoh? Yang ada cumalah tempat berkaraoke.
“Jadi saya tidak nampak kenapa Ronaldinho akan datang ke Perak. Saya harapkan persatuan dapat buat kajian yang realisitik dan tidak memainkan perasaan penyokong,” kata Tunku Ismail pada Forum Penyokong Bersama Pengerusi (MFL), di sini, semalam.
Terdahulu, PAFA menegaskan betapa mereka serius untuk membawa Ronaldinho untuk menyertai pasukan The Bos Gaurus di pentas kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL) pada Februari tahun depan.
Presidennya, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim berkata, meskipun hasrat untuk membawa bekas pemain Brazil dan Barcelona itu ke negeri ini dianggap bahan jenaka, keputusan itu tidak mustahil berikutan Ronaldinho pernah menyatakan hasrat untuk menyertai mana-mana pasukan di negara ini tanpa mengenakan sebarang bayaran.
0 comments:
Catat Ulasan