Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 22 Ogos 2018

Formula 70/30 mula tuai hasil



Formula 70/30 mula tuai hasil




KUALA LUMPUR: Formula 70-30 membabitkan penyertaan 70 peratus pemain muda dan 30 peratus pemain senior dalam skuad negara dilihat sudah mula menunjukkan hasil memberangsangkan pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.



Ini dibuktikan apabila skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu berjaya mencipta kejutan apabila mengungguli Kumpulan E dengan mengaibkan lawan yang pasukan seniornya berada pada ranking jauh lebih baik berbanding Malaysia iaitu Krygyzstan (92) dan Korea Selatan (57).



Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa yang mengutarakan polisi 70-30 itu sebelum ini mengakui kombinasi terbabit disifatkan cukup baik dalam membantu skuad negara memperagakan aksi yang lebih kemas dan bertenaga.




“Pemain amat berdisiplin dalam taktikal serta menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi dan kepimpinan dalam padang membuatkan semua pemain saling menghormati.



“Peluang yang ada berjaya dimanfaatkan namun pemain masih perlu meningkatkan kemahiran individu dan kecergasan.



“Bagaimanapun, kita tidak boleh berbangga dengan pencapaian ini kerana sudah pasti ramai yang akan membuat kajian mengenai Malaysia pada pusingan seterusnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Selepas cemerlang dengan dua kemenangan, rentak skuad negara akhirnya disekat Bahrain apabila mereka terpaksa akur tumpas 2-3 pada aksi terakhir Kumpulan E meskipun ia tidak mengubah kedudukan Malaysia sebagai juara kumpulan.



“Barisan simpanan Malaysia agak ‘lemau’ daripada aspek kecergasan dan taktikal. Jadi kelompong ini dibimbangi menyukarkan pasukan di peringkat seterusnya jika mereka kehilangan pemain utama akibat kecederaan atau penggantungan.



“Jepun atau pasukan lain mungkin dapat mengeksploitasi kekurangan kita. Tetapi saya yakin Kim Swee sudah mengkaji kelemahan daripada perlawanan bertemu Bahrain dan ada perancangan tersendiri bagi menyekat Jepun,” kata Sadek.



Skuad negara akan membuat perhitungan dengan pasukan bimbingan Moriyasu Hajime di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi Jumaat ini untuk merebut tiket ke suku akhir.



Sekiranya Malaysia melepasi halangan Samurai Biru itu, menanti mereka di suku akhir adalah satu lagi negara Asia Timur, China atau Arab Saudi.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog