Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Ahad, 19 Ogos 2018

Samurai Biru tunggu anak buah Kim Swee



Samurai Biru tunggu anak buah Kim Swee

Baca juga:
Keputusan Penuh Liga Inggeris
44 tahun akhirnya Korea Selatan tewas
Saya malu-Son
Sabah kini beraksi di Piala Malaysia 2018

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara akan menentang satu lagi gergasi Asia, Jepun pada aksi pusingan 16 terbaik Sukan Asia Jakarta-Palembang di Stadium Patriot Chandrabhaga, Bekasi Jumaat ini.



Ini selepas skuad Samurai Biru itu tumbang 0-1 di tangan Vietnam pada aksi terakhir peringkat Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang, sebentar tadi.



Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah Vietnam, Nguyen Quang Hai seawal minit ketiga.

Baca: Benarkah Ronaldinho percuma sedangkan bayaran pertunjukkannya RM4.1 juta?


Keputusan itu menyaksikan Vietnam yang juga naib juara Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 mengesahkan tiket sebagai juara Kumpulan D dengan sembilan mata.



Sementara Jepun yang dibimbing Moriyasu Hajime itu terpaksa berpuas hati dengan kedudukan selaku naib juara selepas memungut enam mata.



Dengan tiket sebagai juara Kumpulan D, skuad bimbingan Park Hang Seo itu dilihat memiliki laluan yang lebih mudah apabila dijadual bertemu pasukan ketiga terbaik daripada Kumpulan B, E atau F.



Terdahulu, Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik selepas meraih kemenangan ke atas Krygyzstan 3-1 dan Korea Selatan 2-1 untuk muncul selaku juara Kumpulan E.



Berdasarkan rekod pertemuan antara Malaysia dan Korea Selatan, tempat Malaysia selaku juara kumpulan tidak tergugat meskipun anak buah Datuk Ong Kim Swee itu tewas di tangan Bahrain dan Korea Selatan menewaskan Krygyzstan pada aksi terakhir peringkat kumpulan, malam esok.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog