Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 20 Ogos 2018

Reaksi peminat bola sepak ke atas kemenangan Malaysia dengan Korea Selatan



Reaksi peminat bola sepak ke atas kemenangan Malaysia dengan Korea Selatan

Baca juga:
Keputusan Match 2 Liga Inggeris
Bolehkah Ronaldinho tinggal di Ipoh?
Samurai Biru tunggu anak buah OKS


KUALA LUMPUR: Kemenangan 2-1 skuad bola sepak Bawah 23 Tahun negara ke atas Korea Selatan dalam aksi kedua Kumpulan E di Sukan Asia Jakarta-Palembang, jelas menggembirakan seluruh penyokong tanah air dan mereka bagaikan tak sabar menantikan pertembungan dengan Jepun di pusingan kedua.

Detik bersejarah itu turut dikongsikan bersama peminat bola sepak tempatan.



Hairie Elmi, 22



“Alhamdulillah kejayaan pasukan Malaysia menewaskan Korea Selatan sesuatu yang bermakna. Malaysia kembali selepas 44 tahun iaitu ketika zaman Mokhtar Dahari dan ia menunjukkan peningkatan buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Baca: Benarkah Ronaldinho percuma sedangkan bayaran pertunjukkannya RM4.1 juta?


Saya harap masa depan bola sepak negara selepas ini akan semakin meningkat dan kemenangan ke atas Korea ini hanya satu permulaan.



Selepas ini skuad negara akan bertemu Jepun di pusingan kedua, semoga Malaysia terus melakarkan kejayaan biarpun saya tahu Jepun satu pasukan yang kuat kerana mereka juga bermain di Piala Dunia.”



Muhammad Alif Abdul Razak, 15


“Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga dengan kejayaan pasukan bola sepak negara menewaskan Korea Selatan dan ia satu kejayaan yang cukup bermakna dalam bola sepak negara.



Sekarang ini, pemain Malaysia menunjukkan bukan mustahil untuk menang ke atas negara yang mempunyai ramai pemain ternama.



Harapan saya Malaysia akan terus menang dan mara ke peringkat yang lebih tinggi dan jika boleh hingga ke final biarpun selepas ini kita akan bertemu Jepun. Jangan patah semangat dan terus berusaha dan kami rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong anda.”



Heng Aik Lee, 33


“Saya lihat ia satu perkembangan yang sihat untuk bola sepak negara. Kita tahu Korea Selatan bukan satu pasukan yang mudah untuk ditewaskan dan kita sudah lama tidak menang dengan mereka.



Kita tahu Korea mempunyai ranking yang jauh lebih tinggi jadi kemenangan ini menyuntik satu semangat untuk pemain dan juga peminat bola sepak negara.



Selepas ini kita akan bertemu Jepun di pusingan kedua. Harap kita boleh mara seberapa jauh yang mungkin. Dimaklumkan Jepun menurunkan barisan pemain muda mereka iaitu bawah 21, jadi mungkin kita ada peluang untuk tewaskan mereka.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog