Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 22 Ogos 2018

Sudah tiba masa Spurs julang trofi



Sudah tiba masa Spurs julang trofi




LONDON: Tottenham Hotspur mengharungi perjalanan yang baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi kelab itu berada di tahap perlu memenangi trofi untuk terus meningkat, kata penyerangnya Harry Kane.

“Kami adalah pasukan yang membuat langkahan yang besar dalam tempoh yang singkat dan satu-satunya cara untuk meneruskannya dengan mula memenangi sesuatu,” kata penyerang England itu kepada media tempatan.

“Kami sudah berada di usia di mana kami lebih berpengalaman dan kami mahu menang. Kami perlu cuba untuk melakukannya.”


Spurs yang tidak pernah menjuarai sebarang trofi sejak memenangi Piala Liga pada 2008 menikmati kestabilan di bawah kendalian jurulatih, Mauricio Pochettino yang memasuki musim kelima menguruskan kelab berkenaan.

Justeru, Kane berkata sudah banyak pasukan itu belajar daripadanya dan juga sesama pemain.

“Saya fikir kami sudah mencapai tahap terbaik kami. Ia adalah musim kelima pengurus berada di sini dan ramai di antara kami sudah berada di sini sejak kehadirannya,” kata Kane.

“Apabila kamu mempunyai pasukan yang sudah mengenali satu sama lain untuk tempoh yang lama, kamu akan tahu bagaimana permainan pemain lain dan, di luar padang, kamu tahu bagaimana untuk memotivasikan semua orang.

“Itulah yang kami miliki,” katanya. - REUTERS
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog