Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 3 Ogos 2018

PENYOKONG bola sepak bergaduh di luar Stadium Ibrox


PENYOKONG bola sepak bergaduh di luar Stadium Ibrox


GLASGOW, Scotland: Dua lelaki ditikam menjelang perlawanan Liga Europa yang menemukan Rangers dan kelab Croatia, Osijek di sini semalam dengan Polis Scotland menyifatkan insiden itu sebagai 'gangguan di skala besar.'



Lelaki yang mengalami kecederaan itu dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan mereka berada dalam keadaan stabil.



"Tiada tolak ansur untuk tingkah laku ganas ini dan amat penting bagi sesiapa yang mempunyai maklumat yang dapat membantu siasatan kami untuk tampil," kata Detektif Inspektor Steven Wallace memetik laporan BBC.




Insiden berkenaan berlaku di lokasi yang hampir dengan Stadium Ibrox, di mana kedua-dua pasukan dijadual bermain pada perlawanan timbal balik pusingan kelayakan kedua Liga Europa.



Perlawanan berkenaan berkesudahan seri 1-1 yang menyaksikan Rangers mara ke pusingan ketiga selepas memenangi perlawanan pertama 1-0, minggu lalu. - Reuters
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog