Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 3 Ogos 2018

Memperkenalkan Juara Piala Cabaran

Memperkenalkan Juara Piala Cabaran





Baca Juga:
Semangat "kasi radu" harus dikekalkan 
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
5 calon Presiden SAFA

Juara Piala Cabaran, yang julung kalinya diperkenalkan tahun ini, mungkin akan mendapat peluang untuk beraksi dalam Piala Malaysia pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Kevin Ramalingam, berkata pihaknya bagaimanapun memerlukan tempoh satu hingga dua tahun untuk memperkenalkan format kelayakan baru ke Piala Malaysia itu.

Edisi sulung Piala Cabaran yang akan berlangsung dari 7 Ogos hingga 13 Oktober depan merupakan kejohanan untuk memberikan peluang kepada pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang gagal melayakkan diri ke Piala Malaysia selepas kejohanan berprestij itu kembali diasingkan daripada kalendar Liga-M.

“Untuk dua tahun pertama ini, kami mahu fokus dahulu untuk menganjurkan pertandingan yang stabil, teratur dan menyampaikan produk yang menarik kepada penganjur. Jika dua musim pertama ini semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah, baru imbuhan ke Piala Malaysia boleh diperkenalkan.

“Kami perlu kemukakan cadangan ini kepada Lembaga Pengarah MFL sebelum ia diputuskan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Undian Piala Cabaran Musim 2018, hari ini.

Kevin berkata jika jumlah penyertaan dalam Piala Cabaran ditingkatkan daripada lapan pasukan kepada 16 pasukan pada masa akan datang, pasukan dari Divisyen Tiga, iaitu Piala FAM, turut boleh meraih peluang untuk beraksi dalam Piala Malaysia buat julung kali sekiranya muncul juara.

Bagi musim ini, lapan pasukan yang bertanding ialah pasukan di tempat terakhir Liga Super, Negeri Sembilan; enam pasukan tercorot Liga Premier, iaitu UKM FC, UiTM FC, Terengganu FC II, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) serta satu pasukan jemputan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Pada awalnya, kami mahu jemput empat pasukan teratas Piala FAM, tetapi mereka kini fokus untuk meraih kelayakan ke Liga Perdana. Jadi, kami ambil keputusan untuk menjemput ATM yang gagal layak ke separuh akhir Piala FAM,” katanya.

Ditanya mengenai harga tiket, Kevin berkata penentuan harga tiket terletak kepada pasukan tuan rumah dan ada kemungkinan akan ada pasukan yang memberikan kemasukan percuma kepada penyokong mereka.

-- BERNAMA
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog