Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 4 Ogos 2018

Sabah mencuri satu mata berharga di Kuantan

Sabah mencuri satu mata berharga di Kuantan




PAHANG 1 SABAH 1


Hasrat juara Piala FA, Pahang, untuk memulakan cabaran Piala Malaysia dengan langkah kanan tidak kesampaian selepas terikat 1-1 dengan Sabah di Stadium Darulmakmur, sebentar tadi.

Tonggak import Sabah, Rodoljub Paunovic, terlebih dahulu mencemaskan kubu tuan rumah menerusi rembatan pada minit kelima dan minit kelapan yang diselamatkan penjaga gol, Helmi Eiza Alias.

Sabah semakin agresif dan dihidangkan peluang terbaik pada minit ke-21 apabila Hector Ramos melepasi perangkap ofsaid, namun percubaannya sekali lagi digagalkan Helmi Eliza.

Pasukan tuan rumah yang dikendalikan oleh Dollah Salleh itu memperkemaskan rentak dan hampir mendahului tetapi sepakan Wan Zaharulnizam Wan Zakarian (m-35) dari luar kotak penalti ditepis Rozaimie Rohim.

Aksi semakin rancak pada minit ke-37 apabila giliran Ramos sekali lagi mencemaskan kem Pahang, yang menyaksikan Helmi Eliza terus cemerlang menafikan usaha Sabah mendapatkan gol.

Penyerang import, Austin Amutu, akhirnya menceriakan penyokong tuan rumah selepas menyambar hantaran jauh Matthew Davies pada masa kecederaan babak pertama untuk meletakkan Pahang di depan.

Kedudukan berubah hanya seminit selepas rehat apabila Ramos berjaya melepasi kawalan Mohamad Muslim Ahmad sebelum mudah menjadikan kedudukan 1-1.

Pertahanan kiri Pahang, Mohd Faisal Rosli, kemudian membuat hantaran lintang pada minit ke-51, malangnya tandukan Amutu sekadar tinggi melepasi pintu gol lawan.

Berpunca sepakan percuma Nor Azam Azih (m-78), Pahang hampir memperoleh gol kedua selepas Rawilson Batuil tertampan bola ke dalam gol sendiri, mujur sempat ditolak Rozaimie untuk sepakan penjuru.

Serangan berterusan tuan rumah gagal membuahkan hasil dan kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat dengan Sabah pulang ke Kota Kinabalu dengan bekalan satu mata berharga.

Kredit foto: Pahang FA


KEPUTUSAN LAIN
PIALA MALAYSIA 2018

Kumpulan A
Kuala Lumpur 1 Terengganu FC 5
Perak 0 Felcra FC 0

Kumpulan D
Selangor 0 PKNP FC 3
Tag
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog