Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 4 Ogos 2018

Rhinos tidak gentar hadapi pasukan Liga Super

Rhinos tidak gentar hadapi pasukan Liga Super




Baca Juga:
Semangat "kasi radu" harus dikekalkan 
JDT rebah di Larkin
Pahang belum tunjuk taring
City juara tewaskan Chelsea
Sabah kini kembali ke Piala Malaysia
Kejutan "Underdog" Piala Dunia cetus semangat Sabah
5 calon Presiden SAFA

Sabah tidak gentar walaupun bakal menghadapi tiga pasukan Liga Super, iaitu Pahang, Selangor dan PKNP FC, dalam kumpulan D, saingan Piala Malaysia, musim ini.

Sebaliknya, pengendali pasukan, Jelius Ating, bukan sahaja menetapkan sasaran untuk melepasi peringkat kumpulan, malah mahu pergi lebih jauh lagi dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

"Secara peribadi, saya sangat gembira kerana kami kembali dalam kancah Piala Malaysia tahun ini. Sudah sekian lama, mungkin dalam enam tahun tidak layak dan tahun ini kami layak secara merit, bukannya menerusi 'playoff'. Ini merupakan satu peningkatan yang baik bagi pasukan pada tahun ini.

"Harapan saya tahun ini bukan hanya mahu melengkapkan senarai pasukan dalam Piala Malaysia tetapi kami akan cuba sedaya-upaya untuk pergi lebih jauh, kalau boleh kami mahu sehingga ke separuh akhir," katanya ketika ditemui dalam sesi latihan skuad Sabah di Kompleks Sukan Likas, semalam.

Jelius juga berpuas hati dengan cabutan undi bagi menentukan pasukan di peringkat kumpulan walaupun sedar tiga pasukan yang bakal dihadapi mereka memiliki reputasi besar dalam arena bola sepak negara.

"Pahang dan Selangor adalah finalis Piala FA musim ini manakala PKNP FC pula turut beraksi dalam separuh akhir kejohanan sama. Tiga pasukan ini mempunyai repustasi baik walaupun kedudukan mereka dalam Liga Super tidak begitu baik.

"Bagaimanapun, suasana beraksi dalam Piala Malaysia pastinya berbeza dengan saingan liga. Kita pastinya akan lebih bersemangat, siapapun yang kami hadapi, kami akan tentang habis-habisan," ujarnya.

Untuk rekod, pencapaian terbaik Sabah dalam Piala Malaysia ialah muncul naib juara sebanyak tiga kali pada 1996, 2002 dan 2003.

Pasukan yang popular dengan jolokan Sabah Rhinos itu akan memulakan kempen Piala Malaysia bertemu Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Sabtu ini.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog