PENYOKONG TIDAK SENANG TAMBADAU GANTI BADAK
Kejutan SAFA semasa sesi pengenalan jersi dan barisan pemain Sabah pada hari Ahad lepas dengan menggantikan maskot Badak kepada Tambadau yang mendapat respon yang negatif dari penyokong. Rata-rata penyokong masih mahukan Badak sebagai maskot pasukan Sabah FA. Ianya sudah digunakan sejak sekian lama dan sudah menjadi serasi dan sebati kepada semangat penyokong dan pemain pasukan Sabah.
Baca juga: MFL jangan gelojoh ubah Liga- MDisamping itu juga kepimpinan SAFA yang baru turut dikritik kerana mengubah sesuka hati maskot pasukan tanpa mengambil kira pandangan para penyokong. Seharusnya pihak SAFA terlebih dahulu meminta pandangan penyokong dalam hal ini. Seolah-olah pihak SAFA membelakangi sumbangan para penyokong Sang Badak. Walaupun penyokong ini dianggap pemain ke-12 pasukan.
Pemilihan nama Tambadau@Seladang juga turut dikritik kerana pasukan Perak juga dikenali sebagai Seladang. Sepertinya pasukan Sabah ini tidak mempunyai identiti. Jika mahukan sangat perubahan carilah nama yang belum ada pasukan menggunakannya.
Ini kali kedua Sabah menukar maskot pasukan, tetapi ianya tidak akan bertahan lama. Pihak yang berkenaan seharusnya lebih peka kepada isu ini taktala persiapan pasukan Sabah yang mendapat kritikan penyokong yang diangap melepaskan batuk ditangga sahaja. Penyokong lebih mahukan perubahan cara kepimpinan SAFA dan mutu permainan pasukan berbanding dengan perubahan yang dilihat tidak memberi kesan yang besar kepada kemajuan bola sepak Sabah.
0 comments:
Catat Ulasan