Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 28 Januari 2019

Tiada perubahan pemain Tambadau untuk kempen Liga Malaysia

Tiada perubahan pemain Tambadau untuk kempen Liga Malaysia





SHAFIE (enam dari kanan) bersama Peter (lima dari kanan), Henry (empat dari kanan) serta tetamu kehormat dan para pemain Sabah merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Pasukan bola sepak Sabah mengekalkan barisan pemainnya untuk berhadapan cabaran dalam kempen Liga Malaysia 2019.

Seramai 26 pemain yang tersenarai dalam pasukan itu kesemuanya berasal dari skuad yang sama musim lalu kecuali tiga orang.

Tambahan terbaharu adalah pemain pertahanan Ranilson Batuil, 21, dan pemain tengah Mohd Syukri Baharun, 19. Kedua-dua mereka ditawarkan kontrak sebagai pemain senior yang mana, sebelum ini mereka bermain dalam pasukan skuad Piala Presiden.

Baca juga: Tambadau ganti Badak

Sementara Muhammad Mohd Safar, 27, turut bermain semula bagi pasukan Sabah selepas beraksi dengan PKNP FC pada musim lalu.

Pemain lain yang tersenarai dalam pasukan itu ialah Robson Rendy Rining, Mohd Sakri Masri, Rawilson Batuil, Mafry Balang, Dendy Lowa, Jenius Karib, Ummareng Bachok, Randy Baruh @Samson, Mohd Azzizan Nordin, Ricco Nigel Milus, Maxsius Musa, Sabri Sahar, Mohd Azwan Abd Fattah, Rahman Shah Marajeh, Justin Samaan, Mazlan Yahya, Stanley Sulong, Melky Balang, Alto Linus dan Evan Wensley Wenceslaus.

Pemain import tempatan Rozaimi Rohim dan Elyas Sulaiman kekal bersama pasukan Sabah manakala penyerang Roduljub Paunovic yang kontraknya akan tamat pada pertengahan tahun ini adalah satu-satunya pemain import asing.

Terdapat empat lagi kuota pemain perlu diisi termasuk tiga pemain import asing bagi memenuhi sejumlah 30 pemain untuk didaftarkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) perlu fokus melahirkan pemain tempatan yang mampu bersaing di peringkat kebangsaan.

Katanya, Sabah mempunyai potensi untuk mencari bakat seumpamanya berikutan sejarah bola sepak negeri sebelum ini sudah membuktikan bahawa ramai pemain berbakat lahir di sini.

"Kita perlu memastikan mentaliti pemain itu kuat dan tidak mudah goyah apabila berhadapan pasukan musuh.

"Keyakinan perlu sentiasa ada dalam diri. Kini kita dapat lihat semangat pemain kita juga tinggi," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jersi Pasukan dan Pengenalan Pasukan Bola Sepak Sabah, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan tidak ingin melihat wujudnya pembaziran oleh pihak pengurusan sepertimana berlaku sebelum ini.

Katanya, berjuta-juta ringgit dibelanjakan sebelum ini tetapi Safa masih berhadapan masalah hutang gaji pemain.

"Bayangkan kalau duit itu dapat disalurkan kepada sektor lain yang boleh menghasilkan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada anak-anak kita.

"Kita tidak juga ingin melihat industri sukan bola di sini dihentikan. Pengurusan baharu Safa perlu mainkan peranan yang lebih agresif untuk mentadbir kewangan lebih baik.

"Cari pemain bola sepak yang betul-betul ada kemahiran dan cari dari semua daerah di Sabah," katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony merangkap pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick, Pengurus Pasukan Bola Sepak Sabah Henry Siampon serta tetamu kehormat yang lain.





Sumber: utusanborneo
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog