Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 1 Februari 2019

TAMBADAU ATAU BADAK , YANG PENTING MAINAN MANTAP DAN GAJI TIDAK TERTUNGGAK





TAMBADAU ATAU BADAK , YANG PENTING MAINAN MANTAP DAN GAJI TIDAK TERTUNGGAK


"Tambadau atau Badak itu tidak penting, yang penting ia adalah pasukan Sabah," kata pengendali Sabah, Jelius Ating mengulas langkah pihak pengurusan menukar maskot Badak kepada Tambadau iaitu panggilan bagi seladang oleh penduduk tempatan.

Katanya, apa yang penting semua penyokong pasukan itu bersatu dan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Sabah bagi mengharungi musim baharu saingan Liga Malaysia (Liga-M).

"Tidak perlulah kita melihat kepada maskot atau logo kerana ia boleh berubah tetapi pasukan Sabah itu tetap tidak akan berubah.,” kat Jelius selepas sesi pasukan Sabah bertemu peminat di kompleks beli-belah Suria Sabah, di sini, hari ini.
Baca juga: Sesi Tambadau bertemu Peminat 2019
"Apa yang penting kita perlu bersatu, menyokong pasukan Sabah sehingga boleh mencapai kejayaan... kejayaan pasukan adalah kejayaan kita bersama dan kekalahan juga adalah kekalahan kita bersama."

Baru-baru ini, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menukar maskot Badak kepada Tambadau sehingga mendapat perhatian penyokong pasukan itu di media sosial.

Ada dalam kalangan penyokong yang bersetuju dengan pembaharuan dilakukan SAFA itu namun ramai juga yang berpendapat maskot badak yang selama ini digunakan tidak perlu diubah kerana ia sudah sebati dengan pasukan Sabah.

Sementara itu, ketua pasukan Sabah, Rawilson Batuil bertekad untuk membantu pasukan mencapai kejayaan lebih besar selepas mereka berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia, musim lalu.

"Keadaan pasukan ketika ini juga sangat baik dan sangat bersemangat untuk menghadapi saingan liga yang akan bermula Sabtu ini.

"Kami harap akan dapat membantu pasukan ini mencapai sasaran yang diinginkan iaitu merebut satu slot ke Liga Super musim depan, mudah-mudahan jika ada rezeki kami mampu melakukannya," katanya.

Sabah akan memulakan kempen Liga Perdana bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDTII) di Stadium Likas Sabtu ini.

Kredit 📷 / Sumber 📝 :- Berita Sukan Harian

Radu Tatap Radu
Lawan Tatap Lawan
#SangBadak
#Tambadau
#RevolusiSAFA
#SabahTatap
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog