Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 29 Januari 2019

Rahsia Samurai Biru terbongkar


Pemain Jepun Yuya Osako (kanan) bersama rakan sepasukan meraikan jaringan golnya ketika menentang Iran pada perlawanan separuh akhir Piala Asia, semalam. - Foto REUTERS

Rahsia Samurai Biru terbongkar



AL AIN, Emiriah Arab Bersatu: Bola sepak Jepun mungkin paling dikenali dengan skil taktikal yang mereka miliki, tetapi semangat juang tinggi sebenarnya membantu pasukan itu mengatasi Iran 3-0 dan mara ke final Piala Asia, kata jurulatih Hajime Moriyasu.

Gol menerusi tandukan dan penalti penyerang, Yuya Osako menuju babak kedua perlawanan merobek semangat Iran, sebelum Genki Haraguchi menjadikan kedudukan 3-0 pada masa kecederaan untuk membawa skuad Samurai Biru ke penentuan final kelima.
Baca juga: Penyokong Tidak Senang Tambadau ganti Badak
“Iran memperoleh keputusan yang hebat sebelum ini dan kami tahu mereka akan menjadi lawan yang amat sukar, tetapi pemain sudah cukup bersedia dan mereka menunjukkan semangat juang yang hebat,” kata Moriyasu.


“Mereka sentiasa memiliki minda sebagai pencabar dan ia memberikan kami kemenangan pada kali ini . Suasana perlawanan seperti berlangsung di tempat lawan, tetapi ada ramai penyokong Jepun dan kami juga mendapat sokongan dari tanah air.

“Saya gembira pemain dapat menunjukkan semangat untuk berjuang dan menghasilkan keputusan yang baik.”

Jepun tidak mengharungi permulaan yang meyakinkan dalam kempen di sini, apabila memenangi ketiga-tiga perlawanan pembukaan dengan margin kemenangan tidak lebih daripada satu gol, dan turut menyingkirkan Arab Saudi serta Vietnam di peringkat kalah mati dengan keputusan 1-0.

“Saya tidak fikir kami berubah jika dibandingkan dengan permainan kami pada perlawanan sebelum ini, tetapi apa yang pemain kami lakukan hari ini adalah... cuba untuk memberikan yang terbaik secara individu dan berpasukan dan bermain untuk mendapatkan keputusan yang hebat,” kata Moriyasu.

“Menyedari Iran memiliki serangan yang kuat dan mempunyai fizikal yang hebat, pemain Jepun bermain dengan agresif dan menunjukkan semangat juang tinggi, dan itulah perbezaannya.”

Sebagai rekod, Jepun memenangi keempat-empat pertemuan final Piala Asia sebelum ini dan diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk bertemu sama ada tuan rumah, Emiriah Arab Bersatu atau Qatar di gelanggang akhir, Bandar Sukan Zayed - Reuters

Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog