Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 31 Januari 2019

SKUAD TAMBADAU SABAH TEMUI PEMINAT HARI INI



SKUAD TAMBADAU SABAH TEMUI PEMINAT HARI INI


Skuad Tambadau Sabah 2019 akan diperkenalkan kepada peminat bola sepak di Tingkat 3, Sportmart Ararat, Suria Sabah hari ini.

Sehubungan dengan itu peminat dialu-alukan datang untuk mengenali lebih dekat dengan pemain dan pegawai yang membawa cabaran Sabah dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Baca juga: Tambadau ikat dua pemain import
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Andrew Majanggim ketika ditemui hari ini berkata, ketiga-tiga pasukan Tambadau Sabah untuk saingan Liga Premier, Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan Piala Belia (bawah 19 tahun) akan bersama-sama pada majlis itu.

Majlis bertemu penyokong itu adalah anjuran SAFA dengan kerjasama penaja rasmi pakaian sukan pasukan bola sepak Liga Malaysia Sabah, Ararat Sports And Souvenirs.

Pengenalan pemain dimulai dengan skuad Piala Belia pada jam 12.00 tengah hari disusuli dengan pasukan Piala Presiden dan skuad utama Tambadau Sabah.

"Kita juga akan dengar kata-kata dari pengurus dan ketua jurulatih," kata Andrew sambil memberitahu bahawa beberapa kelab penyokong juga telah dijemput bersama-sama pada majlis itu.

Sempena dengan majlis itu penganjur juga menyediakan 100 baju Tambadau untuk pengunjung terawal.

"Akan ada juga kuiz berhadiah berkaitan bola sepak dan pasukan Sabah, sesi autograf dan sesi bergambar bersama pemain," kata Andrew.

Kredit 📷 :- Ararat Sport & Souvenirs Sdn.Bhd.
Sumber 📝 :- Utusan Borneo

Radu Tatap Radu
Lawan Tatap Lawan
#SangBadak
#TheRhinos
#RevolusiSAFA
#SabahRhinos
#SabahTatap
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog