Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 29 Mac 2018

Bhutan adalah lawan baru Malaysia pada bulan April


Bhutan adalah lawan baru Malaysia pada bulan April
Pada mulanya dirancangkan untuk menentang Nepal tetapi perkembangan terkini telah menyaksikan perubahan perlawanan dengan menentang Bhutan.

Nepal tidak akan lagi bermain menentang Malaysia dalam persahabatan antarabangsa yang dirancang untuk 1 April. Ini kerana perlawanan itu berada di luar jandela kalendar antarabangsa FIFA dan menyebabkan Nepal tidak dapat memanggil pemain terbaik mereka.

Dengan perlawanan domestik yang berlaku di Nepal, kelab tidak mahu melepaskan pemain mereka untuk perlawanan ini dan skuad Nepal akan pulang ke rumah selepas perlawanan Piala Asia menentang Yemen.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah beralih dengan pantas untuk mencari pasukan ranking 231 di dunia, Bhutan, akan menjadi lawan Malaysia.

Pertandingan ini akan dimainkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, tempat yang sama di mana Malaysia berjaya seri dengan Mongolia 2-2 pada Selasa lalu.

Pasukan kebangsaan Malaysia telah berlepas ke Beirut, Lebanon untuk melengkapkan jadual peringkat kumpulan kelayakan Piala Asia tahun 2019, dalam satu perlawanan di mana kedua-dua pasukan tidak mempunyai apa-apa untuk maksud kerana Malaysia suda tidak layak ke Piala Asia 2019.

Malaysia terlepas ke pusingan akhir di Emiriyah Arab Bersatu manakala Lebanon telah memenangi kumpulan itu dan akan berada di dalam saingan tersebut.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog