Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 27 Mac 2018

Senarai Pemain Import Luar yang Pernah bermain untuk Sabah Fa

Senarai Pemain Import  Luar yang pernah bermain untuk Sabah Fa yang telah membawa Sabah ke tahap tertinggi dan ada juga pemain import yang mengecewakan. Pemain import seperti Scott OllerenshawSeslija MilomirVeselin Kovacevic dan Safou Lassi adalah antara pemain yang bermain dengan cemerlang dengan skuad Rhinos dan sehinggah sekarang menjadi idola peminat bola sepak Borneo. Sekarang ini contohnya Scott @ Scott Ollerenshaw (lahir pada 9 Februari, 1968) merupakan bekas pemain bola sepak Australia. Dia merupakan pemain lagenda untuk pasukan Sabah dan memenangi "Golden Boot Award" beberapa kali. Dia juga pernah mewakili Australia pada Sukan Olimpik 1988 di Seoul.


Scott Ollerenshaw
Setelah mengahwini bekas juara karate kebangsaan Michelle Koh, beliau kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka mempunya dua orang anak. Beliau masih giat melatih bermain bola sepak dan anaknya lelaki sedang berlatih dengan sebuah kelab di Sabah. Diharapkan agar supaya Scott dapat menyumbang sesuatu kepada kemajuan bola sepak Sabah kerana beliau mempunyai bakat yang sangat luar biasa.

Baca juga: Pencapaian Terbaik Sabah Fa

Tetapi ada juga dalam senarai yang saya postkan dalam blog ini yang tidak tersenarai seperti El-Haji Deof. Deof juga telah bermain dengan Sabah dengan begitu baik, tetapi atas sebab yang tidak boleh didedahkan menyebabkan Deof angkat kaki. Teguran membinanya juga harus dilihat positif oleh safa jika mahu maju ke hadapan.

Terdapat ramai lagi pemain import luar yang berkualiti tetapi di post akan datang saya akan membicarakannya kerana pemain-pemain ini harus diberi penghormatan sewajarnya.


el-haji deof sabah fa

Berikut adalah Senarai Pemain Import  Luar yang pernah bermain untuk Sabah Fa


Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog