Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 7 Julai 2018

Belgium singkir Brazil


Belgium singkir Brazil


Pada awal perlawanan, Brazil tampil lebih sempurna dalam segenap aspek.

Kelincahan, penguasaan bola, percaturan dan tempo lebih berani. Namun, Belgium lebih bijak mengambil kesempatan dan peluang.

Berkesudahan dengan keputusan 2-1, Belgium mengakhiri aksi Neymar dan rakan-rakan di pentas Piala Dunia 2018, awal pagi ini.

Pada aksi di Kazan Arena, Rusia itu, nasib malang menimpa anak buah Tite apabila terjaring gol sendiri.

Gol yang berpunca daripada sepakan penjuru cuba dikeluarkan dari kawasan bahaya oleh Fernandinho, namun tertampan masuk pintu gol mereka pada minit ke-13.

Tersentak dengan jaringan itu, Brazil meneruskan tempo penguasaannya, manakala Belgium hanya menunggu kesempatan dan kealpaan lawan.

Selain ketahanan barisan pemain pertahanan, kecekapan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois menyelamatkan pintu gol juga harus dipuji.

Beberapa percubaan bahaya skuad Canarinho berjaya dinafikan dengan sempurna.

Dan anak didik Roberto Martinez terus melangkah selesa selepas Kevin De Bruyne berhasil meledak gol kedua mereka pada minit ke-31.

Bola hasil hantaran Romelu Lukaku disambut kemas sekali gus dirembat menewaskan penjaga gol Brazil, Alisson Becker.

Kedudukan 2-0 itu pastinya memberi tekanan buat Brazil, dan mereka dilihat menggandakan usaha di separuh masa kedua.

"Sebaik saja kita

menapis diri kerana takutkan undang-undang, pihak berkuasa sudah menang."

Bekas juara lima kali itu tampil dengan rentak da tempo permainan lebih pantas sekali gus memaksa Eden Hazard dan rakan-rakan lebih berwaspada.

Bagaimanapun, gawang Belgium berjaya dibolosi Brazil melalui pemain gantian, Renato Augusto pada minit ke-76 untuk gol tunggal pasukannya.

Keputusan 2-1 itu sekali gus menjadikan Belgium pasukan kedua berjaya ke separuh dan bakal berdepan Perancis untuk aksi penentuan ke perlawanan akhir.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog