Lee Grant penjaga gol ketiga Manchester United
LEE Grant sah menjadi pemain Manchester United dengan kontrak dua tahun.
Penjaga gol Stoke City yang berusia 35 itu berpindah ke Old Tranfford dengan yuran 1.5 juta pound.
"Berpindah ke Manchester United umpama mimpi sejak dulu lagi.
"Ini merupakan peluang yang tidak akan saya lepasakan dan bersedia menjadi di sebahagian daripada sejarah kelab.
"Saya gembira sepanjang saat karier setakat ini dan kini bersedia untuk terus belajar dan meningkat bersama dengan beberapa pemain terbaik dalam perlawanan.
"Tetapi dalam masa yang sama, saya akan menggunakan pengalaman yang ada untuk membantu pasukan dalam apa jua situasi," jelas Grant di laman web rasmi kelab.
Grant akan menjadi penaga gol ketiga United bagi menggantikan Joel Pereira yang telah tamat kontraknya.
0 comments:
Catat Ulasan