Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 7 Julai 2018

Thibaut Courtois kunci kejayaan Belgium menewaskan Brazil



Thibaut Courtois kunci kejayaan Belgium menewaskan Brazil 

Thibaut Courtois adalah satu sebab besar Belgium berada di dalam separuh akhir Piala Dunia. Untuk semua pujian yang dilemparkan terhadap penyerang Belgium, dan pengurus Roberto Martinez, berikutan kemenangan  mereka menentang Brazil pada hari Jumaat.

Salah satu penjaga gol terbaik di dunia. Kredit kepada Thibaut Courtois, yang menyelamatkan Belgium menentang Brazil memastikan pasukannya boleh mara ke separuh akhir. 

Memang benar Brazil tidak setajam seperti biasa, tetapi mereka memberi pertahanan Belgium masa sukar pada separuh masa pertama dan lewat kedua apabila harapan mereka mula malap. 

Pada minit ke-35, dengan Belgium sehingga 2-0, sepakan lencong Philippe Coutinho dari luar kotak penalti menyaksikan Courtois bertindak balas dengan aksi menyelamat.

Brazil akan mempunyai lebih banyak masa untuk kembali semula dalam persaingan. Masa kecederaan dengan aksi menyelamat menakjubkan, boleh dikatakan yang terbaik di Piala Dunia ini, terbukti penting dalam kemenangan 2-1. 

Tangkas dan cepat, 6-kaki-5 Courtois mempunyai malam yang cemerlang, cepat dengan refleks dan kerap sampai ke bola apabila ia seolah-olah ditakdirkan untuk membantu mencapai kemenangan. Mengagalkan usaha Brazil cuba untuk menyamakan kedudukan. 

Dia bolos lima gol di Piala Dunia ini, walaupun tiada satu pun daripada gol tersebuat adalah kesilapan Courtois dan dia boleh dikatakan pemain terbaik Belgium dalam perlawanan terbesar kejohanan itu setakat ini. 

Belgium kini menuju ke separuh akhir Piala Dunia buat kali kedua dalam sejarah selepas prestasi ajaib pada tahun 1986. 

Walaupun kita perlu meraikan pemain menyerang pasukan ini seperti Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku, jangan kita lupa Courtois. Dia menjadi kunci kepada kejayaan Belgium di Piala Dunia ini.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog