Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 6 Julai 2018

Neymar dibida Real Madrid

 

Neymar dibida Real Madrid



Real Madrid menafikan khabar angin bahawa kelab itu menawarkan bidaan sebanyak 310 juta pound sterling (RM1.6 bilion) terhadap Neymar.

Laporan stesen TV Sepanyol, TVE pada Isnin petang mendakwa Los Blancos telah mengemukan bidaan rasmi terhadap bintang Brazil itu.

Namun Real mengambil langkah drastik menafikan dakwaan itu dengan mengeluarkan satu kenyataan rasmi.

“Mengenai laporan TVE yang mendakwa Real Madrid membuat bidaan rasmi kepada PSG untuk mendapatkan khidmat Neymar, kami mengesahkan maklumat itu palsu.

“Real Madrid tidak membuat sebarang tawaran kepada PSG atau kepada pemain tersebut.

“Real Madrid amat terkejut dengan laporan TVE kerana menyiarkan berita tidak benar,” kata kelab itu.

Neymar yang sedang memperkuat Brazil pada aksi Piala Dunia dipercayai berminat untuk berhijrah ke Santiago Bernabeu.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog