Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Selasa, 3 Julai 2018

Perbezaan Neymar dengan Messi & Ronaldo


Perbezaan Neymar dengan Messi & Ronaldo


Pertembungan Round 16 World Cup Russia 2018 yang menemukan juara lima kali Brazil menentang Mexico yang berkesudahan Brazil menang 2-0. Hasil jaringan penyerang berbakat Neymar dan Firminho pada babak kedua.

Walau bagaimanapun ramai peminat bolasepak kurang senang dengan aksi lakonan Neymar dalam perlawanan tersebut. Bukan saja perlawanan bertemu Mexico tetapi juga perlawanan Brazil sebelumnya. Aksi lakonan Neymar yang senang jatuh bila diasak oleh pihak lawan.

Terdapat beberapa komen yang mencuit hati di media sosial khususnya Facebook, yang mengatakan The Neymar - Greatest actor in football history.


Aksi ini adalah perbezaan ketara yang boleh admin nampak di antara Neymar, Messi dan Ronaldo. Apa pun Neymar boleh setaraf dengan 2 Ikon bolasepak dunia ini sekiranya dia mengurangkan aksi lakonannya di atas padang.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog