Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 5 Julai 2018

Selepas Ronaldo, Messi...siapa bakal rangkul anugerah Ballon d'Or 2018




Selepas Ronaldo, Messi...siapa bakal rangkul anugerah Ballon d'Or 2018 

Baca:

DUA pemain sensasi, Christiano Ronaldo dan Lionel Messi telah mendominasi anugerah Ballon d'Or sejak sedekad yang lalu.

Namun, kekalahan pasukan yang diwakili dua bintang itu pada temasya Piala Dunia 2018 menimbulkan persoalan jika ada pemain lain yang bakal merebut gelaran itu pada tahun ini.

Berikut merupakan lima calon yang berpotensi merebut Ballon d'Or pada tahun ini.

1) Neymar
Nama pemain kelahiran Brazil, Neymar, sudah lama diperkatakan sebagai pemain yang bakal memecah dominasi Ronaldo dan Messi untuk anugerah tersebut.

Dia menjadi pemain termahal di dunia apabila perpindahannya dari Barcelona ke Paris Saint-German (PSG) pada musim panas lalu menelan kos sebanyak £222 (RM1.1 bilion).



Pada musim pertama bersama PSG, Neymar menjaringkan 28 gol menerusi 30 perlawanan.

Neymar juga tidak pernah menyembunyikan keinginannya untuk merebut Ballon d"Or.

Malah, anugerah itu dijadikan motivasi untuknya berusaha agar tidak dibayangi kehebatan Messi.




2) Kylian Mbappe
Mbappe memaparkan prestasi luar biasa apabila dia membantu pasukan negaranya, Perancis menewaskan Argentina dengan keputusan 4-3.

Dia baru sahaja berusia 19 tahun namun sudah menempatkan dirinya dalam kelompok bintang ternama dunia.

Sewaktu mula bermain di Monaco, dia meraih kejayaan dengan menjaringkan 21 gol menerusi 44 kemunculan.

Jika dia mampu mengekalkan rentak sebagaimana sewaktu dia menentang Argentina baru-baru ini, maka tidak mustahil dia akan menjadi pemenang termuda dalam sejarah Ballon d'Or.




3) Harry Kane
Kehebatan pemain ini dalam menjaringkan gol masih lagi berada pada tahap luar biasa.

Pemain berbakat ini pada tahun lalu misalnya berjaya melepasi sasaran 40 gol dalam semua perlawanan yang disertainya.

Dia juga membantu England mengalahkan Tunisia apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi perlawanan di Piala Dunia 2018.



Kane terus mara apabila membantu pasukan negaranya menentang Panama dan meletakkan dirinya sebagai penjaring terbanyak dalam dua perlawanan sahaja.

Dia kini mendahului senarai calon untuk memenangi Kasut Emas.

Laluan England ke peringkat akhir juga kelihatan cerah sekaligus meningkatkan peluangnya untuk merebut Ballon d'Or.




4) Kevin De Bruyne
Pemain hebat ini memainkan peranan penting dalam kemenangan bersejarah Manchester City pada tahun lalu.

Dengan lapan gol sendiri, dia turut membantu pasukannya menambah 16 jaringan sehingga pasukan itu mencatat rekod sebagai pasukan pertama yang berjaya mengumpul 100 mata dalam sejarah Liga Perdana.




5) Mohamed Salah
Tidak seperti Neymar, Mbappe, Kane dan De Bryune yang masih lagi berentap di pentas Piala Dunia 2018, pasukan yang diwakili Salah sudahpun tersingkir baru-baru ini.



Dia sebelum ini menjaringkan 44 gol menerusi 52 perlawanan di bawah kendalian Jurgeon Klopp.

Disebabkan itu, dia masih lagi berpeluang untuk tersenarai bersama nama-nama yang yang disebut-sebut sebagai pemenang Ballon d'Or yang seterusnya. - Sky Sports

Sumber: mstar.com
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog