Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 6 Julai 2018

Ronaldo tukar angin ke Juventus Itali




Ronaldo tukar angin ke Juventus Itali




Selepas gagal melangkah jauh dalam Piala Dunia 2018, kini penyerang Portugal dibayangkan bakal turut meninggalkan kelab yang diwakilinya sekarang, Real Madrid.

Ejen kepada Cristiano Ronaldo berkata pemain yang terkenal dengan kemahiran tinggi serta lincah itu mungkin berhijrah ke Juventus pada musim panas ini.

Ia menguatkan lagi khabar dibawa angin apabila Ronaldo, 33, tidak menolak kemungkinan akan mencari angin baru selepas dia membantu Real Madrid memenangi Piala Juara-juara Eropah akhir Mei lalu.

Pada masa sama kelab Itali itu juga semakin menggiatkan usaha mengajaknya berpindah dari Sepanyol.

Difahamkan Ronaldo ditawarkan kontrak £26 juta (RM139 juta) setahun dan Presiden Real Madrid, Florentino Perez, didakwa sudah bersetuju melepaskan pemain itu untuk ke Turin.

Ejen Ronaldo, Jorge Mendes, berkata jika ia menjadi kenyataan perpindahan berkenaan akan membawa fasa baru buat pemain terbabit.

"Jika Ronaldo meninggalkan Real Madrid, dia akan tetap terhutang budi kepada kelab itu, presidennya dan semua orang yang ada di sana, selain peminat di seluruh dunia," katanya kepada media Portugal, Record .

Turut merancakkan cakap-cakap mengenai Ronaldo ialah, dia tidak menyertai pemain Real Madrid ketika skuad itu memperkenalkan jersi baru mereka untuk saingan musim 2018/19 beberapa hari lalu.- Malaysiakini
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog