Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 16 Ogos 2018

Cari formula pikat penonton ke stadium



Cari formula pikat penonton ke stadium





KUALA LUMPUR: Persatuan bola sepak negeri dan kelab perlu mencari formula baharu dalam usaha menarik kembali minat penyokong liga tempatan untuk menjejakkan kaki ke stadium.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon menjelaskan antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah itu termasuk kemerosotan prestasi pasukan dan kemudahan siaran langsung atas talian.



Enggan menuding jari terhadap pihak lain, Johan mengakui persatuan negeri termasuk FAS sendiri perlu memperbaiki segala kelemahan daripada aspek pengurusan dan menyediakan pasukan lebih mantap untuk menarik kepercayaan penyokong.


“FAS sangat terbuka kepada penyokong, kami di sini untuk mereka. Kalau dulu mungkin pengurusan tidak begitu terbuka, tapi dalam era Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (Presiden FAS) ini berlainan,” kata Johan.

“Kami mahu dengar sendiri daripada penyokong, kami tak kisah mereka nak kritik atau sebagainya. Kami akan terima dengan hati terbuka dan mahu memahami apa kebimbangan yang dihadapi mereka.”

Semalam, Sukan NSTP melaporkan peminat perlu mengubah mentaliti ‘penyokong lalang’ bagi memastikan saingan Piala Malaysia yang juga kejohanan tertua dalam kancah bola sepak tempatan tidak hilang seri.

Jumlah penyokong yang ke stadium dilihat berada dalam keadaan kritikal selepas enam daripada lapan gelanggang pada aksi pertama Piala Malaysia hanya mencatat angka bawah 3,000 penonton.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Abd Aziz Yeop Jamaluddin pula berpendapat inisiatif baharu untuk menarik minat penonton ke stadium hanya boleh dilaksanakan sepenuhnya bagi saingan musim depan.

“Tahun ini sudah terlambat, tapi kita sedang menuju ke arah itu. Jadi tahun depan adalah masa paling sesuai untuk kita memikat semula hati penyokong untuk ke stadium,” kata Aziz.

“Banyak benda kita kena kaji terutama dalam pemilihan pemain baharu yang mampu menarik minat penonton. Tapi sekarang ini pun, kita masih ada penyokong tegar yang sentiasa berada di belakang pasukan.

“Saya juga percaya jumlah penyokong pasti akan meningkat apabila saingan Piala Malaysia memasuki pusingan kalah mati.”
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog