Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 17 Ogos 2018

Gergasi Merah sedia 'pijak' Badak



Gergasi Merah sedia 'pijak' Badak



KUALA LUMPUR: Selangor memerlukan keajaiban untuk bangkit memburu dua slot terbaik dalam Kumpulan D dan ia harus bermula dengan menumbangkan Sabah di Stadium Likas, malam esok.



Selepas tewas dua kali kepada PKNP FC (0-3) dan Pahang (0-2) sebelum ini, anak buah Nazliazmi Nasir tiada pilihan selain membawa pulang tiga mata penuh ke Shah Alam.





Menurut Nazliazmi, kelompangan bahagian tengah dalam dua aksi kempen Piala Malaysia antara punca mengapa pasukannya gagal meraih mata, bahkan turut gagal mencetak sebarang gol.




“Masalah kami adalah bahagian tengah. Kami gagal menyalurkan bola ke depan ketika menyerang serta gagal membantu bahagian pertahanan apabila ditekan lawan.



“Apabila penyerang sukar untuk menerima bola, pergerakan penyerang kami Rufino (Segovia) agak terbatas sekalipun kami tahu sebenarnya dia mampu melakukan lebih baik sekiranya memiliki peluang.



“Jadi untuk aksi berdepan Sabah, kami sudah memperbaiki kelemahan itu dengan pemain mahu mencari kemenangan untuk membuka semula laluan kami,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Jelasnya, dua pemain utama yang sebelum ini mengalami kecederaan iaitu penjaga gol, Khairul Azhan Khalid dan tonggak pertahanan, Alfonso de la Cruz sedia untuk disenaraikan.



“Dua pemain berpengalaman Azhan dan Alfonso sudah pulih daripada kecederaan. Ini berita yang agak baik buat kami dan kemungkinan mereka akan diturunkan esok.”



Beliau yakin moral pemain Selangor kini berada pada tahap terbaik sekali gus memberi peluang kepadanya untuk menyediakan ramuan lengkap berdepan skuad Sang Badak.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog