Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Isnin, 13 Ogos 2018

Sabah semakin berkobar-kobar segah Gunung Kinabalu

Sabah semakin berkobar-kobar segah Gunung Kinabalu




Baca juga: Rahman jadi wira Sabah tumpaskan PKNP FC

Pengendali Sabah, Jelius Ating, mengakui semangat mereka semakin berkobar-kobar untuk meneruskan saingan Piala Malaysia selepas menundukkan PKNP FC dalam aksi kumpulan D di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.

Bagaimanapun, beliau berharap pemain-pemainnya tidak terlalu selesa dengan kedudukan mereka ketika ini, sebaliknya meneruskan momentum baik itu.

"Kami perlu terus fokus sekiranya mahu pergi lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia kali ini. Masih banyak perlawanan yang perlu dilalui dan saya harap kami mampu melepasi peringkat kumpulan ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Jelius berkata pasukannya berhak menang dalam perlawanan malam tadi walaupun diberi tentangan sengit oleh PKNP FC.

Katanya, mereka mencipta lebih banyak peluang selain menguasai perlawanan berbanding lawan dan beliau gembira kerana usaha mereka berbaloi walaupun terpaksa menunggu sehingga penghujung permainan untuk mencatat kemenangan.

"PKNP memberi tentangan sengit kepada kami, beberapa pemain mereka begitu bekerja keras sehingga menyukarkan kami mendapatkan jaringan.

"Bagaimanapun, hasil kesungguhan dan keinginan kuat pemain bagi memenangi perlawanan, keputusan akhirnya memihak kepada kami," katanya.

Dalam aksi malam tadi, pemain gantian, Rahman Shah Marajeh, muncul wira Sabah apabila meledak gol kemenangan pada masa kecederaan, sekali gus mengesahkan tiga mata untuk pasukannya di gelanggang sendiri.

Dengan keputusan itu juga, Sabah kini berada di tangga kedua kumpulan D dan berkongsi empat mata dengan pendahulu, Pahang, yang memiliki kelebihan jumlah jaringan.- Stadiumastro
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog