Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Sabtu, 18 Ogos 2018

Saya malu - Son



Saya malu - Son



BANDUNG: Pada aksi terakhirnya bersama Tottenham Hotspur, Son Heung-min membantu pasukannya meraih kemenangan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).



Pada penampilan terakhirnya dalam jersi Korea Selatan, Son meledak gol lewat permainan untuk mencipta kejutan ke atas juara bertahan, Jerman pada aksi peringkat kumpulan Piala Dunia, Jun lalu.



Namun, dia gagal melakukannya pada aksi Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 apabila pasukannya diaibkan Malaysia 2-1 meskipun tampil dalam permainan selepas diturunkan pada minit ke-57.




Bagaimanapun, pasukannya sudah ketinggalan dua gol menerusi jaringan babak pertama oleh Safawi Rasid dan segala amaran yang diberikan Son kepada rakan sepasukannya mengenai ancaman setiap pasukan lawan dilihat seperti tidak diendahkan.



“Saya sangat malu dengan kekalahan mengejutkan ini,” kata Son.



“Pemain Korea seakan-akan mengambil mudah perlawanan ini. Selepas Malaysia meledak dua gol, pemain kelihatan bingung.”



Sementara itu, jurulatih Korea Selatan, Kim Hak-bum mengakui melakukan kesilapan taktikal apabila terlalu cepat merombak barisan pemainnya pada kejohanan terbabit.



“Itu kesilapan saya. Saya amat menyesalinya. Keputusah hari ini akan menyukarkan laluan kami ke final.



“Laluan juara dan naib juara kumpulan adalah begitu berbeza untuk peringkat 16 pasukan terbaik, namun saya percaya kami tetap akan layak ke pusingan seterusnya.”



Mereka akan menentang Kyrgyzstan pada aksi terakhir peringkat kumpulan, Isnin ini dan memerlukan kemenangan besar untuk kembali mendapatkan keyakinan menjelang aksi kalah mati.



Malaysia mendahului Kumpulan E dengan enam mata, tiga mata mengatasi Korea Selatan yang membuka kempen menerusi kemenangan besar 6-0 ke atas Bahrain.- Agensi
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog