Jelius tagih sokongan padu penyokong
Baca juga:
Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024Gaji Teong Kim RM175,000 sebulan
Neymar Jr. Kedah diintai tiga kelab besar
Maxius Musa diharap beri aksi bertenaga di pusingan kedua
JDT mahu ikat Akhyar?
Pengendali Sabah, Jelius Ating berharap penyokong Sang Badak akan membantu menyemarakkan semangat anak didiknya ketika aksi hidup mati menentang Kelantan dalam suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Likas, di sini, malam esok.
Katanya, kehadiran penyokong yang ramai pasti meningkatkan lagi semangat pemain, seterusnya memberi mereka sedikit kelebihan untuk menyaingi pasukan pelawat.
"Kita lihat di Kota Bharu pada perlawanan lalu, kehadiran penyokong yang ramai memberi impak kepada permainan Kelantan kerana mereka 'disuntik' oleh sorakan semangat penyokong.
"Kalau mereka boleh berbuat demikian (menaikkan semangat pemain), saya juga yakin penyokong kita dapat melakukan perkara sama. Oleh sebab itu saya harap Stadium Likas akan dibanjiri penyokong Sabah malam esok," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Jelius berkata, persiapan pasukannya untuk menghadapi perlawanan esok berjalan lancar dengan kesemua pemain bebas daripada sebarang kecederaan.
"Kita akan mengekalkan kesebelasan utama kecuali menggantikan Randy Baruh yang digantung perlawanan selepas mengutip kad merah pada aksi pertama di Kota Bharu, Sabtu lalu.
"Setakat ini, tempat Randy dijangka diisi oleh Dendy Lowa namun saya masih memilliki beberapa pilihan lain, kita akan tengok nanti macam mana," katanya.
Sementara itu, bekas pemain yang kini berusia 47 tahun itu berkata, beliau memiliki strategi tersendiri untuk cuba mengatasi Kelantan malam esok.
"Selepas aksi lalu, kami telah melihat semula rakaman video perlawanan dan saya harap apa yang kami rancang akan dilaksanakan dengan baik oleh pemain.
Pada perlawanan malam esok, Sabah perlu sekurang-kurangnya mengatasi Kelantan satu gol tanpa balas untuk melangkah ke separuh akhir.
Ini kerana, Sabah memiliki kelebihan satu gol di tempat lawan selepas tewas 1-2 pada suku akhir pertama sebelum ini.
0 comments:
Catat Ulasan