Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Rabu, 26 September 2018

Frank Lampard tambah derita Man. United



Frank Lampard tambah derita Man. United

Baca juga:
Siapakah yang boleh menggantikan tempat Randy Baruh?
Walaupun aksi 'kung fu' Luqman tetap ada orang yang pertahankan
Jurulatih Sabah Jelius Ating mahu Sabah tewaskan Kelantan di Likas

Pemain terbaik perlawanan Kelantan vs Sabah

Kelantan gelisah menang tipis ke atas Sabah

Sabah bawa satu gol berharga dari Kota Bharu

Siaran langsung perlawanan Kelantan vs Sabah Piala Malaysia



Pengendali Derby County Frank Lampard menambah sengsara bekas bosnya di Chelsea, Jose Mourinho apabila Rams kendaliannya menewaskan Manchester United yang beraksi 10 orang 8-7 dalam penentuan penalti untuk menempah tempat ke kelompok 16 terakhir Piala Liga.



Mourinho menerima padah apabila melakukan sembilan pertukaran ke atas skuadnya yang seri 2-2 di Old Trafford sebelum penentuan penalti, dengan Paul Pogba direhatkan selepas timbul ketegangan antara pemain Perancis itu dengan pengendalinya.



Phil Jones akhirnya gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas 15 sepakan menepati sasaran.



“Tiba penentuan penalti, seseorang pasti tersasar. Saya sedar kami akan menghadapi masalah dengan Jones,” kata Mourinho yang turut mengesahkan Pogba sudah dilucutkan daripada peranannya sebahagi penolong kapten United selepas pemain itu mengkritik taktikal Mourinho ketika seri 1-1 menentang Wolves Sabtu lalu.



"Memang benar saya memutuskan untuk tidak menjadikan Paul kapten kedua lagi.”



Di awal permainan kelihatan seperti pengendali dari Portugal itu akan mendapat keputusan positif daripada rombakan besar-besaran dilakukannya selepas bekas rakan sepasukan Lampard di Chelsea, Juan Mata membuka jaringan tuan rumah seawal minit ketiga.



Bagaimanapun Derby bangkit selepas rehat untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma pemain pinjaman dari Liverpool Harry Wilson.



Kemudian penjaga gol United, Sergio Romero dilayangkan kad merah kerana menahan bola percubaan Wilson dengan tangannya di luar kotak penalti.



Pelawat memanfaatkan kelebihan pemain dengan mendahului permainan menerusi tandukan Jack Marriot lima minit sebelum tamat, tetapi Marouane Fellaini menyamakan kedudukan dengan jaringan dalam masa kecederaan.



Bagaimanapun penjaga gol gantian United Lee Grant gagal menyelamatkan setiap sepakan penalti pemain Derby dan Jones memastikan permulaan musim buruk buat anak buah Mourinho yang kini turut ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool. – AFP
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog