Jurulatih Sabah Jelius Ating mahu Sabah tewaskan Kelantan di Likas
Baca juga:
Pemain terbaik perlawanan Kelantan vs Sabah
Kelantan gelisah menang tipis ke atas Sabah
Sabah bawa satu gol berharga dari Kota Bharu
Siaran langsung perlawanan Kelantan vs Sabah Piala Malaysia
Pengendali Sabah, Jelius Ating, akur dengan kekalahan tipis 2-1 skuad Badak kepada tuan rumah, Kelantan, dalam aksi menarik pusingan pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Namun, berdasarkan prestasi hebat pemain yang dipamerkan, terutama ketika beraksi hampir 50 minit dengan 10 pemain gara-gara Randy Baruh diperintah keluar padang, pengendali berusia 47 tahun itu yakin tiket ke separuh akhir mampu digenggam.
"Tahniah kepada pasukan Kelantan yang bermain sangat baik untuk menang di sini.
"Saya akur dengan keputusan ini di mana kami kalah dengan satu gol. Kami juga berusaha untuk tidak melepaskan banyak gol supaya apabila bermain di Likas, kami mahu berusaha sehabis baik bagi mencari kemenangan dan layak ke peringkat seterusnya" katanya.
Ditanya keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada pemainnya dan memberikan sepakan penalti kepada Kelantan pada minit akhir separuh masa pertama, Jelius enggan melatah, sebaliknya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
Dia juga mengingatkan Kelantan bahawa Sabah tidak mudah menyerah kalah dan mahu bangkit di Likas, Sabtu ini.
"Sebagai jurulatih, saya tiada hak untuk mempertikaikan apa sahaja keputusan yang dibuat oleh pengadil dalam perlawananan ini. Cuma, saya harap itu keputusan yang baik dan bijaksana daripada pengadil.
"Kalau Kelantan boleh mengatasi kami di sini, Sabah juga mahu mengalahkan mereka di Likas. Saya optimis dengan pasukan ini," tambahnya.
Dalam aksi menarik malam tadi, Sabah ketinggalan pada minit ke-30 apabila
pemain import kelahiran Kyrgyzstan, Bakhtiyar Duyshobekov, menanduk masuk gol pertama.
Dalam keghairahan skuad Badak mencari gol penyamaan, kesilapan Randy membalas asakan lawan mengundang padah apabila dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohammad Zamzaidi Katimin, apabila menerima kad kuning kedua kerana mengasari pertahanan kiri Kelantan, Mohamad Azwan Mohd Aripin, pada minit ke-39.
Sabah berjaya mendapatkan jaringan penyamaan melalui sepakan leret Hamran Peter hasil kekalutan di dalam petak penalti menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd Faridzuean Kamaruddin, pada minit ke-43.
Namun, tuan rumah dianugerahkan sepakan penalti dan berjaya disempurnakan pemain kebangsaan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, untuk kembali meletakkan tuan rumah mendahului 2-1.
Sabah hampir mendapat gol penyamaan, namun sepakan kencang penyerang import, Hector Ramos, terkena tiang kiri Kelantan ketika penjaga gol, Mohd Faridzuean, tertewas pada minit ke-74.
0 comments:
Catat Ulasan