Malaysia U16 longlai, lupakan saja Peru!
Baca juga:Neymar Jr. Kedah diintai tiga kelab besar
Maxius Musa diharap beri aksi bertenaga di pusingan kedua
JDT mahu ikat Akhyar?
Siapakah yang boleh menggantikan tempat Randy Baruh?
Walaupun aksi 'kung fu' Luqman tetap ada orang yang pertahankan
Jurulatih Sabah Jelius Ating mahu Sabah tewaskan Kelantan di Likas
Pemain terbaik perlawanan Kelantan vs Sabah
Kelantan gelisah menang tipis ke atas Sabah
Sabah bawa satu gol berharga dari Kota Bharu
Siaran langsung perlawanan Kelantan vs Sabah Piala Malaysia
Impian Malaysia layak ke Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) 2019 di Peru lebur selepas tumbang 0-2 di tangan Jepun pada aksi terakhir Kumpulan A Kejuaraan B-16 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Meskipun hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke suku akhir susulan kejayaan Tajikistan mengejutkan Thailand 2-1 pada satu lagi aksi di Arena Universiti Malaya, anak buah Lim Teong Kim gagal mengutip satu mata yang diperlukan sekali gus terpaksa akur kecundang di tanah air sendiri.
Lebih buruk, Malaysia yang dibarisi pemain Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) yang disasarkan untuk mara ke kejohanan di Peru itu sekadar menamatkan saingan di tangga tercorot dengan hanya tiga mata hasil satu kemenangan ke atas Tajikistan.
Apa yang menyedihkan, Tajikistan yang dibelasah Malaysia 6-2 pada aksi pertama pula mengiringi Jepun ke suku akhir selepas mengutip empat mata menerusi satu kemenangan dan satu seri sekali gus menyingkirkan Thailand.
Tiada percubaan berbahaya dapat disaksikan dalam tempoh 15 minit pertama meskipun Malaysia dilihat lebih banyak mengasak kubu pertahanan Jepun namun berjaya dipatahkan benteng lawan.
Percubaan tepat pertama anak buah Teong Kim hadir pada minit ke-18 menerusi rembatan Alif Mutalib tetapi tidak menggugat Taiki Yamada selepas percubaannya tepat ke dakapan penjaga gol Jepun itu.
Bagaimanapun, kesilapan pertahanan sekali lagi menghantui Malaysia apabila kegagalan mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti dihukum Shoji Toyama yang melepaskan satu rembatan kencang menewaskan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman untuk gol pembukaan pada minit ke-36.
Belum sempat bangkit daripada kejutan gol pertama, benteng pertahanan Malaysia sekali lagi nyaris menghadiahkan gol kedua namun tindakan cemerlang Sikh berjaya menafikan hasrat Jepun untuk melebarkan jurang dua minit kemudian.
Bersambung babak kedua, rentak permainan seimbang ditunjukkan kedua-dua pasukan namun Jepun lebih banyak mencipta peluang untuk memburu gol kedua yang menyaksikan beberapa percubaan mereka berjaya mengucar-ngacirkan pertahanan negara.
Malaysia tampak hilang punca pada babak kedua apabila tampil dengan persembahan jauh berbeza berbanding separuh masa pertama sekali gus memberi kesempatan kepada Jepun untuk menguasai permainan dan melancarkan serangan.
Ketika Malaysia cuba memburu gol penyamaan pada minit akhir, Jepun menamatkan impian pemain negara apabila percubaan jarak jauh Hikaru Naruoka singgah di palang namun melantun ke tubuh Sikh Izhan sebelum menerjah gawang.
0 comments:
Catat Ulasan