Yusri tetap positif dengan kemenangan tipis
Baca juga:
Pemain terbaik perlawanan Kelantan vs Sabah
Kelantan gelisah menang tipis ke atas Sabah
Sabah bawa satu gol berharga dari Kota Bharu
Siaran langsung perlawanan Kelantan vs Sabah Piala Malaysia
Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah tetap bersikap positif walaupun pasukannya sekadar meraih bekalan tipis ke Kota Kinabalu selepas menundukkan Sabah 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di laman sendiri.
Kelantan tampak meneruskan kejutan dalam kempen Piala Malaysia musim ini menerusi kejayaan menundukkan Sabah selaku juara Kumpulan D, semalam.
Ia dibantu hasil jaringan dua tonggak tengah, Baktyiar Duishobekov dan Nik Akif Syahiran Nik Mat dalam pertemuan yang dibanjiri ribuan penyokong The Red Warriors.
Baca juga:Kelantan perlu kerja keras di Likas
Anak buah Yusri bagaimanapun belum boleh berasa selesa susulan lawan berjaya meraih gol tempat lawan menerusi jaringan Hamran Peter.
"Saya masih lagi dalam perjuangan Piala Malaysia dan mengharapakan keputusan yang memberangsangkan di Likas," kata Yusri.
Dalam pertemuan di Stadium Sultan Muhammad IV itu, Sabah terpaksa beraksi tempang apabila Randy Baruh dilayangkan kad merah pada babak pertama.
Ia sedikit sebanyak menjejaskan persembahan skuad bimbingan Jelius Ating walaupun dihidangkan beberapa peluang terbaik untuk menghasilkan jaringan.
"Setelah Sabah terpaksa beraksi kurang seorang pemain. Kami telah cuba menampilkan aksi terbaik dan membawa pulang kelebihan jaringan di tempat lawan untuk aksi di Likas," kata Jelius.
"Saya bersyukur meraih kemenangan ke atas Sabah. Bagaimanapun, ia bukan kemenangan yang selesa kerana Sabah meraih satu jaringan dan kami mahu cuba menampilkan aksi yang terbaik," kata Nik Akif.
"Kelantan banyak melepaskan beberapa peluang dan Sabah menampilkan permainan yang cemerlang ketika bertahan dan mahu memperbaiki kelemahan perlawanan ini untuk perlawanan seterusnya."
0 comments:
Catat Ulasan