Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Jumaat, 28 September 2018

Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024



Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024

Baca juga:
Gaji Teong Kim RM175,000 sebulan
Neymar Jr. Kedah diintai tiga kelab besar
Maxius Musa diharap beri aksi bertenaga di pusingan kedua
JDT mahu ikat Akhyar?

Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024, mengatasi Turki yang turut menjadi calon bagi menganjurkan kejohanan berprestij Eropah itu, hari ini.



Negara itu yang pernah menjadi tuan rumah sebelum ini ketika dikenali sebagai Jerman Barat pada 1988 meraih undi tertinggi dalam kalangan 17 ahli jawatankuasa eksekutif Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).



Keputusan itu diumumkan Presiden UEFA, Aleksander Ceferin dan ia sudah pastinya mengecewakan Turki yang turut gagal dalam persaingan menjadi tuan rumah kejohanan berkenaan pada 2008, 2012 dan 2016.



"Proses yang dijalankan adalah telus, undi dibuat menerusi proses demokrasi. Setiap keputusan berdasarkan demokrasi adalah keputusan yang tepat," kata Ceferin.



Sementara itu, bekas kapten Jerman, Philipp Lahm yang dilantik sebagai duta bagi membida hak menjadi tuan rumah, berkata: "Kami mempunyai stadium menakjubkan, peminat yang sayang terhadap bola sepak. Paling penting kami mempunyai rakyat yang mahu meraikannya bersama negara Eropah yang lain," katanya. - Reuters
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog