Faridzuan tekad kunci pintu gol Kelantan
Baca juga:Siapakah yang boleh menggantikan tempat Randy Baruh?
Walaupun aksi 'kung fu' Luqman tetap ada orang yang pertahankan
Jurulatih Sabah Jelius Ating mahu Sabah tewaskan Kelantan di Likas
Pemain terbaik perlawanan Kelantan vs Sabah
Kelantan gelisah menang tipis ke atas Sabah
Sabah bawa satu gol berharga dari Kota Bharu
Siaran langsung perlawanan Kelantan vs Sabah Piala Malaysia
Kemenangan tipis Kelantan ke atas Sabah pada suku akhir pertama Piala Malaysia, Sabtu lalu melonjakkan semangat penjaga gawang pasukan, Mohamad Faridzuan Kamaruddin untuk berdepan pasukan yang sama Sabtu ini.
Meskipun mengakui kemenangan 2-1 belum selesa buat pasukannya bertandang ke Stadium Likas, Kota Kinabalu, bagi aksi suku akhir kedua Piala Malaysia nanti, dia tetap percaya rakan seperjuangannya mampu memberi tentangan hebat.
"Walaupun pasukan menang dalam aksi suku akhir pertama tetapi secara peribadi saya sendiri belum puas hati dan berharap pasukan mampu beri yang lebih baik untuk aksi timbal balik nanti.
"Berikutan Sabah juga berjaya mempunyai jaringan dalam perlawanan itu, sebagai penjaga gol saya mahu lebih memotivasikan diri selepas ini dan memberi sepenuh tumpuan pada sesi latihan sebagai persediaan sebelum berangkat ke sana.
"Selain itu saya juga memerlukan bantuan kerjasama dari rakan pemain bagi menyekat pergerakan lawan untuk mengelak mereka berlegar-legar di sekitar bahagian kotak gol," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam perlawanan baru-baru ini, Faridzuan mengalami sedikit kecederaan di bahagian lutut kiri bagaimanapun tidak mematah semangat pemain berusia 23 tahun itu untuk beraksi pada perlawanan seterusnya nanti.
Mengulas mengenainya, beliau berkata dia kini semakin pulih selepas menjalani rawatan susulan dan sudah memulakan latihan pasukan seperti biasa.
"Alhamdulilah mengenai kecederaan itu ia semakin baik sejak kelmarin dan Insya-Allah saya bersedia untuk perlawanan Sabtu nanti," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan