Buletin Sabah FA...Info dan Keputusan terkini perlawanan bola sepak Sabah

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

SKUAD SABAH FA MUSIM 2019

Khamis, 4 Oktober 2018

Elemen kejutan bakal berlaku di Piala Malaysia



Elemen kejutan bakal berlaku di Piala Malaysia




Meskipun di atas kertas, penyandang juara, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak dilihat menjadi pilihan mara ke pentas final Piala Malaysia, namun keputusan hanya dapat ditentukan menerusi aksi di atas padang.

Jadi, dua pasukan pilihan itu perlu berhati-hati pada aksi separuh akhir kerana berkemungkinan elemen kejutan mampu dihasilkan pencabar mereka memandangkan masing masing mahu merebut tiket ke perlawanan akhir saingan berprestij itu.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar menegaskan aksi pada separuh akhir pertama dijangka mampu mencorak nasib mereka sama ada mampu melangkah ke perlawanan akhir ataupun tidak.

 Kelab Penyokong Lancar Kutipan Derma Ikhlas Untuk Pemain Sabah FA


“Empat pasukan ini perlu meraih keputusan yang selesa pada aksi pertama kerana keputusan yang baik dapat membantu menentukan hala tuju mereka pada aksi kedua sekali gus mengintai tiket ke final.

“Memang berdasarkan reputasi, kita lihat JDT dan Perak sebagai pilihan kerana mereka memiliki pemain yang lebih baik tetapi bagi aksi Piala Malaysia, kadang kala kejutan dapat disaksikan.

“Prestasi semasa Terengganu FC (TFC) dan Sabah juga tidak seharusnya diperkecilkan. Apapun, aksi separuh akhir pasti menyajikan perlawanan yang menarik kerana ia membabitkan empat pasukan terbaik dalam saingan Piala Malaysia,” katanya.

TFC akan bertemu JDT, sementara Perak menentang Sabah dengan separuh akhir pertama akan berlangsung pada 6 dan 7 Oktober, sementara aksi kedua pada 20 Oktober dan 21 Oktober.

Aksi final akan berlangsung di Stadium Shah Alam, 27 Oktober ini.

Terdahulu, TFC menamatkan penantian tujuh tahun ke separuh akhir Piala Malaysia apabila menyingkirkan juara Liga Perdana, FELDA United menerusi agregat 6-4.

Kali terakhir mereka beraksi di separuh akhir Piala Malaysia adalah pada 2011 yang menyaksikan mereka berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir, namun terpaksa akur tewas 2-1 di tangan Negeri Sembilan.

Skuad Harimau Selatan pula berjaya menyingkirkan juara Piala FA, Pahang dengan agregat 3-1, sementara Sabah mengecewakan Kelantan menerusi peraturan jaringan di tempat lawan meskipun terikat dengan agregat 2-2.

Perak pula berjaya menamatkan ‘badi’ di tangan PKNS FC selepas bangkit meledak dua gol di tempat lawan sekali gus mara ke separuh akhir Piala Malaysia buat dua musim berturut-turut menerusi agregat 2-0.
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

FANPAGE FB

FANPAGE FB

Arkib Blog