Tiada alasan Kelantan kendurkan serangan
Baca juga:
Jerman dipilih tuan rumah Euro 2024Gaji Teong Kim RM175,000 sebulan
Neymar Jr. Kedah diintai tiga kelab besar
Maxius Musa diharap beri aksi bertenaga di pusingan kedua
Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, menganggap corak bertahan hanya akan memakan diri mereka sendiri biarpun Kelantan memiliki kelebihan satu gol ke atas Sabah menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.
Kelantan meledak dua gol dalam pertemuan suku akhir pertama di Kota Bharu, 22 September lalu, menerusi Baktyiar Duishobekov dan Muhammad Akif Syahiran Nik Mat, sementara gol sagu hati Sabah dijaringkan pemain muda, Hamran Peter.
Namun, ia belum cukup untuk memberi kelegaan buat Yusri memandangkan perkiraan di atas kertas, jika Sabah menang dengan keputusan 1-0 di Likas malam ini, maka tuan rumah akan mara ke separuh akhir berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan.
Justeru, tiada cara lain melainkan Kelantan beraksi dengan corak menyerang dan menjaringkan seberapa banyak gol bagi memudahkan laluan ke pusingan separuh akhir.
"Kami perlu cuba mendapatkan jaringan demi menstabilkan keadaan terlebih dahulu.
"Kami sedar, hanya satu gol diperlukan Sabah dan sekiranya ia berlaku pada awal minit, saya mengharapkan pemain saya terus fokus mendapatkan gol penyamaan," katanya.
Kelantan juga sedar lawan yang bakal dihadapi mempunyai corak permainan agresif, sehubungan itu Yusri mengingatkan barisan anak buahnya supaya mengawal mental dan emosi agar tidak terikut dengan provokasi lawan sehingga mengundang insiden pergaduhan di dalam padang.
"Seperti yang semua sedia maklum, kami tidak diberikan harapan.
"Setelah melalui perjalanan yang cukup berliku, kini peluang sudah ada di depan mata dan kami perlu mengambil kesempatan ini dan tidak mensia-siakannya dengan begitu sahaja," katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan