Rodoljub mahu bawa Sabah ke final
Baca Juga: Review Perlawanan separuh akhir pertama Perak dan Sabah
Walaupun dianggap pasukan 'underdog', penyerang import Sabah, Rodoljub Paunovic, tetap yakin Sabah memiliki segala-galanya untuk mengatasi Perak, seterusnya melangkah ke final Piala Malaysia musim ini.
"Kami hanya selangkah lagi untuk ke final dan kami tidak akan memberi sebarang alasan bagi mencapainya. Secara peribadi, saya akan bekerja lebih keras dalam separuh akhir nanti.
Ramalan final Ahmad mahu Terengganu-Sabah
TFC II, UKM di final Piala CabaranPerak melangkah ke separuh akhir
Penyerang lincah Kelantan Nik Akif tunggu panggilan skuad B-19
Kemenangan ini untuk rakyat Sabah
"Di atas kertas, mereka mungkin pilihan tapi kami faham situasi ini dan akan bekerja lebih keras untuk menyukarkan mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Penyerang berusia 33 tahun dari Serbia itu, yang lebih mesra dipanggil Roki, berkata dia akan melakukan apa yang termampu bagi membantu Sabah beraksi di pentas final.
"Ini janji saya, pertemuan dengan Perak bukanlah mudah tetapi saya akan bermati-matian untuk membantu pasukan mencapai kemenangan dan saya yakin rakan sepasukan akan turut melakukan perkara sama," katanya.
Sementara itu, Paunovic turut berharap penyokong pasukan itu akan terus membanjiri Stadium Likas dalam aksi separuh akhir kedua nanti.
"Pengalaman beraksi di hadapan lebih 20,000 penyokong dalam suku akhir lalu telah menjadi satu memori indah buat saya, saya harap perkara sama berulang dalam separuh akhir nanti.
"Selain itu, saya juga berharap penyokong kami yang ada di Semenanjung akan datang beramai-ramai ke Perak untuk memberi sokongan kepada kami walaupun suara mereka mungkin ditenggelamkan oleh penyokong tuan rumah.
"Namun, kehadiran mereka tetap akan menjadi suntikan semangat buat kami," katanya yang menjaringkan gol tunggal Sabah ketika aksi suku akhir bertemu Kelantan di Likas, tempoh hari.
Sabah lebih dulu akan berkunjung ke Stadium Perak, Ahad ini, sebelum menjadi tuan rumah kepada Perak di Stadium Likas, 21 Oktober ini.
Sabah berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas kali terakhir melakukannya pada 2007 dan pertemuan dengan Perak nanti adalah kali keempat buat Sabah selepas turut berentap dengan pasukan itu dalam tiga separuh akhir mereka sebelum ini.
Daripada tiga perlawanan separuh akhir membabitkan dua pasukan itu, Sabah dua kali memenanginya pada 2002 dan 2003 manakala mereka kecundang kepada Perak dalam separuh akhir 2007.
0 comments:
Catat Ulasan